fbpx

Baru-baru ini perkongsian usahawan Datin Vivy Yusof menjadi perhatian ramai apabila berkongsikan pengalaman menjadi mangsa buli siber sehingga dihina.

Menerusi entri tersebut, Vivy berkata bergelar usahawan dia sudah biasa dengan keadaan itu namun apabila bisnes semakin berkembang, ramai yang mahu menjatuhkannya.

BACA: Vivy Yusof Ditegur Baru 10 Hari Berpantang Dah Kembali Bekerja

Meskipun menganggap ianya perkara biasa, namun Vivy meluahkan rasa bimbang apatah lagi pada masa kini sesiapa sahaja boleh membuat cerita buruk di media sosial.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Vivy Yusof (@vivyyusof)

“Walaupun tiada bukti, orang akan terus membenci. Dalam perniagaan, orang akan menghentam dari semua arah. Apa yang menakutkan bila ramai yang beri sokongan terhadap sesuatu meskipun ianya tidak benar.

“Mereka berkumpul seperti pembuli. Ada yang berkata saya seperti anjing, perempuan sundal dan mengharapkan anak-anak saya mati di sungai. Sisi gelap segelintir individu yang agak menakutkan,” tulisnya.

Dalam pada itu, Vivy berkata dia pernah bersikap tegas mempertahan dirinya apabila banyak cerita bohong dan tidak benar mengenai dirinya tersebar di media sosial.

Bagaimanapun, Vivy berkata ianya seakan sia-sia kerana ramai yang tidak mahu tahu mengenai kebenaran dan hanya tertarik dengan ‘drama’ yang timbul.

“Sejak hari itu, saya tidak lagi pernah terlibat dengan perkara sedemikian. Tindakan yang saya boleh lakukan adalah mengabaikan komen negatif. Walaupun menerima banyak kecaman, saya masih masih menjalani kehidupan yang baik. Malahan, perniagaan juga berjalan lancar.

“Saya dikurniakan dengan keluarga yang penyayang serta rakan-rakan yang luar biasa. Jadi, saya ingatkan diri untuk selalu bersyukur,” katanya.