fbpx

“Pernah Dengar Tak Mekap & Rawatan Estetik?” – Fathia Latiff

Baru-baru ini, perubahan wajah pelakon Fathia Latiff menjadi bualan ramai apabila ada yang terkejut serta menegur wajahnya kelihatan berbeza.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Fathia tampil memberikan respon bahawa dia gembira dengan penampilan terkininya.

BACA: Netizen Tegur Muka Fatiya Latiff Dah Lain

“Apa masalahnya kalau saya nampak berbeza? Pernah dengar tak solekan dan rawatan estetik? Saya gembira dengan rupa saya sekarang,” tulisnya.

Terdahulu, ada netizen mengatakan wajah Fathia dilihat menakutkan dan kelihatan tua. Tidak kurang juga ada yang mendakwa pelakon itu mengubah ciptaan Tuhan. 

Dalam pada itu,ada yang mengatakan pelakon itu hanya edit gambar sahaja atau pun menggunakan filter dan disebabkan itu dilihat berbeza.