fbpx

Permulaan Baharu Buat Keluarga ATM

Penempatan dan kemudahan rumah baharu, Rumah Keluarga Malaysia Angkatan Tentera (RKMAT) – Tentera Darat bakal memudahkan sebarang urusan antara kementerian dan anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) seperti hal kebajikan dan pentadbiran.

RKMAT disediakan bagi anggota tentera yang berkhidmat merupakan antara agenda utama di bawah RMKe-12 dan Bajet 2022 serta kuarters perkhidmatan ini sangat berkait rapat dengan aspirasi utama beliau sebagai Perdana Menteri, iaitu aspirasi ‘Keluarga Malaysia’.

Tahniah buat keluarga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) daripada TDM kerana sebelum melangkah ke tahun baharu, dapat mereka berpindah ke rumah yang baharu dilengkapi dengan kemudahan tiga bilik tidur, perabot, perkakas elektrik dan fasiliti riadah serta sosial seperti dewan serbaguna, gimnasium, surau dan unit kedai.

Sarjan Alan Ng, 32, dari Cawangan Perumahan Sungai Besi dan isterinya Jenny Chew, 31 bersama anak perempuan mereka, Penelope Zoe Ng Qiao Xin, 2 tahun bakal meraikan Hari Natal di rumah baharu mereka.

Kesyukuran itu turut dikongsikan Sarjan Alan Ng, 32, dari Cawangan Perumahan Sungai Besi dan isterinya Jenny Chew, 31 bersama anak perempuan mereka, Penelope Zoe Ng Qiao Xin, 2 tahun.

Pasangan berasal dari Sarawak itu berkata, lebih menggembirakan mereka dapat meraikan Sambutan Hari Natal dan Tahun Baharu bersama keluarga di rumah baharu didiami mereka dan menjadi antara kelompok terawal berpindah masuk ke kuarters itu.

“Saya sememangnya menantikan peluang ini kerana sudah memohon perumahan kuarters dan peluang untuk masuk ke rumah ini ibarat rezeki baharu buat saya dan keluarga”,katanya.

Selain itu, sebanyak 2,000 unit kediaman ini adalah inisiatif perumahan yang dirancang oleh Kementerian Pertahanan melalui kerjasama dengan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Ia merangkumi empat blok pangsapuri 38 tingkat dengan keluasan binaan 850 kaki persegi untuk setiap satu unit kediaman bagi memenuhi keperluan anggota Tentera Darat di Lembah Klang.

Prebet M Sarmila, 28, dan suaminya, M Madhan 35, bakal memulakan kehidupan sebagai ibu dan ayah kepada M Sharwin, 5 bulan di kuarters RMAT.

Sementara itu, bagi pasangan yang baharu menerima anak sulung lelaki, Prebet M Sarmila, 28, dan suaminya, M Madhan 35, yang juga peniaga, penempatan rumah baharu itu memberikan pengalaman manis untuk mereka memulakan kehidupan baharu sebagai ibu dan ayah kepada M Sharwin, 5 bulan.

Sarmila yang bertugas di Pasukan 91 Depot Bekalan Pusat, Kem Batu Caves itu berkata,
dia dan suami sangat berpuas hati dengan kemudahan yang disediakan termasuk kelengkapan perumahan dan akses persekitaran yang disediakan kepada penghuni.

“Sebelum ini, kami menyewa di sekitar Bandar Tasik Puteri Rawang. Kos sewa RM1,600 memang berat untuk kami tamping, lebih-lebih lagi kini sudah mempunyai anak.

“Peluang masuk ke penempatan kuarters baharu ibarat rezeki buat anak dan dapat kami merancang masa, kewangan dan mencari pengasuh untuk anak dan dapat dia membesar dengan selesa,” katanya.

Kesemua 2,000 unit merangkumi empat blok pangsapuri 38 tingkat dengan keluasan binaan 850 kaki persegi untuk setiap satu unit kediaman bagi memenuhi keperluan anggota TDM di Lembah Klang.

Unit kediaman ini turut dilengkapi perabot, perkakas elektrik dan fasiliti riadah serta sosial seperti dewan serbaguna, gimnasium, surau dan unit kedai yang selesa dan kondusif untuk didiami.

Menurut YB Menhan, ketika ini Kementerian Pertahanan melalui Blueprint Perumahan 2.0 sedang melaksanakan perancangan untuk membina 28,033 unit RKMAT di seluruh negara dari tahun 2021 sehingga tahun 2030.

Jumlah ini termasuklah 8,852 unit RKMAT seperti diumumkan oleh YAB Perdana Menteri menerusi RMke-12 khusus untuk warga ATM.

Daripada jumlah 8,852 tersebut, sebanyak 1,509 unit sudah pun dalam proses pembinaan. Manakala, 7,343 unit lagi sedang dalam proses perolehan. Dengan siapnya 2,000 unit RKMAT di Bukit Jalil ini, diharapkan ia memenuhi kira-kira 85% keperluan perumahan anggota ATM di Lembah Klang.