Berhubung dengan artikel bertajuk ‘Misi Bantuan Steven Sim Hanya Lakonan, Jejaka Tidak Dapat Dijejaki’ yang pernah dikeluarkan dan di post di Facebook oleh pihak kami, dengan ini kami ingin membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Yang Berhormat Steven Sim Chee Keong di atas kurangnya sensitif kami berkenaaan isu terbabit.
Kami tidak bermaksud untuk menyinggung mana-mana pihak, tapi kami mengakui bahawa posting dan artikel yang dimuat naik berkaitan dengan misi bantuan Yang Berhormat Steven Sim kepada Adik Mohamad, rider Food Panda oleh kami meresahkan beberapa pihak terutamanya Yang Berhormat Steven Sim. Kami benar-benar MEMOHON MAAF.
Kami juga mengambil langkah serius untuk memastikan kejadian dan isu seperti ini tidak terulang lagi di kemudian hari.
Dengan rendah diri, sekali lagi kami memohon maaf. Terima kasih.