fbpx

Ramai yang sukakan persekitaran rumah yang bersih dan terjaga. Tapi ramai juga yang tak sempat nak mengemas rumah. Mana taknya asyik sibuk dengan bekerja jer kan.

Tapi sampai bila nak biarkan rumah dalam keadaan kotor dan tak terjaga? Takkan nak biarkan kotor jer memanjang? Tak patut sangat tu.


Haa…Ada cara yang anda boleh cari untuk membantu menyelesaikan masalah anda ini. Kebersihan rumah pula bukan hanya di ruang tamu jer, dapur pun kena jaga, tandas pun!

Jangan risau, zaman sekarang ni teknologi dah maju, dan dapat memudahkan rutin pembersihan seharian anda. Antaranya produk baharu dari Coway ni, BATERI BIDET yang boleh membantu anda menjaga kebersihan tandas. Fuiyo…macam mana tu? Jom kita usha satu persatu fungsinya.

Kebersihan Lebih Terjaga

Coway memperkenalkan dan melancarkan produk bilik mandi baru iaitu BATERI BIDET! Inilah evolusi baharu yang pasti membuatkan anda jaw dropped!

BATERI BIDET adalah bidet yang dikendalikan oleh bateri yang terdiri dari panel satu sentuhan, yang memiliki arah aliran air dan tekanan air yang berbeza dan fungsi pemancut pembersihan diri.

Tujuannya adalah untuk memperkenalkan pengalaman kebersihan bebas tangan untuk rakyat Malaysia di mana Coway membantu anda untuk menjaga kebersihan bilik mandi khas untuk semua orang, sentiasa dalam keadaan kering dan selamat.

Kalau ada satu di rumah anda ni, dah tak payah susah-susahkan diri dah nak bersihkan bahagian peribadi anda sebab semuanya hanya di hujung jari jer. Mudah kan?

Sesuai Sangat Untuk Anda

BATERI BIDET ini sangat sesuai untuk anda yang berkeluarga dan ada anak-anak; pasangan; wanita hamil, anda yang mengalami masalah fizikal, dan juga warga emas. Sebabnya bidet ini sangat mudah digunakan.

Pada anda yang lebih mementingkan kesihatan, memang perlu ada satu di rumah! Ini kerana ia menggalakkan kesihatan punggung yang baik dengan mencegah ketidakselesaan punggung seperti gatal, masalah sembelit, buang air besar yang menyakitkan dan pendarahan, yang disebabkan bila anda mengelap dengan tisu.

Bukan itu jer, BATERI BIDET juga dapat mencuci bahagian peribadi anda dengan pemancut bidet bagi mengelakkan penyebaran bakteria dari tangan anda ke kawasan persekitaran anda, ataupun kepada orang lain.

Bagi anda yang suka dan ingin menjalani gaya hidup moden, estetik dan sihat, BATERI BIDET inilah produk yang anda perlu miliki.

Fungsi BATERI BIDET Yang WOW!

Mari kita usha fungsi BATERI BIDET ni. Memang sangat wow gais.

1. Melakukan Pembersihan Diri Secara Automatik.

Pemancut bidet pintar ini melakukan pembersihan diri sebelum dan selepas setiap kali anda gunakan tandas. Ianya untuk menjamin pengalaman anda yang paling bersih. Wah!

2. Tekanan Air Dan Arah Yang boleh Diejas.

2 kawalan tekanan air dan 4 tetapan arah air mendorong fleksibiliti pembersihan yang tinggi dengan satu sentuhan butang sahaja. Betul fleksibel!

3. Beroperasi Dengan Bateri.

Bidet ini dikendalikan sepenuhnya bateri! Dah tak perlu guna soket dinding. Mudahnya.

4. Seat Sensor.

Sensor tempat duduk mengaktifkan operasi panel untuk berfungsi. Bidet akan aktif hanya apabila anda dikesan duduk di atasnya. Fungsi ini akan mengelakkan air terpercik apabila kanak-kanak kecil tertekan butang dan memastikan lantai tandas sentiasa kering.

5. Satu Panel Sentuh.

Panel kawalan sisi dikendalikan secara langsung oleh butang individu untuk kegunaan yang berbeza. Anda akan dapat mengawal tekanan air, aliran air, dan menghidupkan dan mematikan dengan reka bentuk butang yang ringkas.

6. Reka Bentuk Yang Slim.

Reka bentuk BATERI BIDET yang sangat slim dan sesuai untuk dipasang atas tandas anda.

Produk Berkualiti Dengan Harga Berpatutan!

Hah! Amacam? Pasti anda dah jatuh cinta kan? Produk terbaik dan berkualiti melalui teknologi canggih yang harus anda miliki untuk tingkatkan demi menjalani kehidupan yang sihat.

Di samping itu, BATERI BIDET ni juga eco friendly tau. Tak perlu nak guna tisu tandas tu banyak-banyak dah. Ia juga water resistant dan mempunyai prestasi hebat!

Anda jangan susah hati, anda juga dapat menikmati kehidupan sihat yang berpatutan dengan pembayaran skim sewa bulanan Coway! Check out kat bawah ni:

Sewa bulanan: RM49 (Perkhidmatan penyelenggaran 5 tahun secara percuma)
Belian secara langsung: RM1,390 (Perkhidmatan penyelenggaran 1 tahun secara percuma)

Khas untuk anda, promosi bermula sehingga 22 Januari ini, hanya bayar RM39 jer sebulan dan anda dapat 5 tahun perkhidmatan penyelenggaraan secara percuma!

Ada lagi, anda juga dapat pengecualian Yuran Pemprosesan Sewa sebanyak RM200; termasuk miliki hadiah Percuma iaitu berus gigi dan pemegang ubat gigi! *Selagi stok masih ada.

Jadi, anda boleh terus tekan LINK INI untuk info lanjut!