Baru-baru ini hangat diperkatakan mengenai suami kepada pelakon Fatin Afeefa iaitu Aliff Awang yang dikecam teruk selepas didakwa menghina kereta jenis bukan supercar pada sebuah acara pertunjukan kereta baru-baru ini.
Menerusi video tular itu, Aliff menyamakan kereta bukan kategori itu sebagai ‘najis’ serta menghalau mereka yang memiliki kenderaan itu masuk pertunjukan berkenaan.
BACA: Kata Muzik Haram, Aksi Suami Fatin Afeefa Sedang Karaoke Dikecam
Susulan kecaman tersebut, Aliff akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi video di Insta Story miliknya.
Aliff atau lebih dikenali sebagai Opai itu berkata video tersebut diambil secara spontan dan tiada niat untuk menjatuhkan nama mana-mana pihak.
“Berhubung video saya yang sebelum ini viral, saya ingin buat sedikit penjelasan. Video berkenaan dibuat sangat spontan ketika waktu itu.
“Sebenarnya kenyataan yang dibuat pada waktu itu ditujukan kepada kawan-kawan saya yang bawa kereta Mustang, kereta AMG yang datang pada hari itu dan tidak dapat masuk untuk sertai event pada hari itu.
“Bukan secara terbuka untuk hentam mana-mana individu mahupun kumpulan yang membawa kereta tersebut.
“Memang sangat spontan, semua orang juga tengah berseronok ketika itu. Tiada niat untuk jatuhkan sesiapa. Saya mohon maaf,” katanya.