fbpx

Perlaksanaan Kasut Sekolah Berwarna Hitam Bermula Januari Tahun Depan

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, mengumumkan pelaksanaan pemakaian kasut berwarna hitam bagi semua murid sekolah bermula tahun hadapan.

Keputusan ini dibuat selepas mengambil kira pandangan ibu bapa yang diterima Kementerian Pendidikan selain mahu meningkatkan kecerian pelajar.

Perkara itu dinyatakan olehnya menerusi program Bicara Minda, Malaysia Baharu & Pendidikan Negara anjuran Sinar Harian.

“Saya akan menyaksikan pelajar sekolah tidak memakai kasut putih lagi… mereka akan memakai kasut hitam.

“Itu harapan daripada ibu bapa. Bermula tahun depan, murid akan pakai kasut hitam di sekolah.”

Selain itu, beliau juga berhasrat untuk menyaksikan pelajar sekolah di negara ini menguasai lebih dua bahasa menerusi sistem pendidikan negara.

Hal ini kerana hasil pertemuannya dengan Duta Finland baru-baru ini, dan mendapat pelajar di negara tersebut menguasai sekurang-kurangnya empat bahasa.

“Justeru, saya berhasrat dan komited untuk pelajar Malaysia menguasai sekurang-kurangnya tiga bahasa dalam lima tahun ini,” katanya kepada Berita Harian.