fbpx

Perkongsian Siti Nurhaliza Di IG Story Tanda Tanya

Perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menjadi perhatian apabila dilihat ada memuat naik ‘quote’ berkaitan suami di Insta Story miliknya.

Menerusi entri itu, Siti berkongsikan hantaran mengenai peranan suami serta ‘quote’ berkenaan layanan seorang suami kepada isteri mempengaruhi pembesaran anak.

BACA:

Sementara itu, dalam perkongsian lain turut dikongsikan hantaran memaparkan sebab seorang suami tidak boleh memarahi isteri.

Dalam perkongsian lain pula, turut dikongsikan ‘quote’ menyatakan ujian terbesar seorang isteri bukanlah hamil atau melahirkan sebaliknya adalah suami.

Hasil tinjauan di laman X, rata-rata netizen tertanya-tanya dengan perkongsian penyanyi itu serta bertanyakan sama ada Siti okay atau tidak.

Malah, ramai yang mendoakan agar dipermudahkan urusan Siti serta tabah menghadapi ujian. Tidak kurang juga, ada yang menyatakan ia hanya sekadar perkongsian sahaja dan tiada kaitan dengan penyanyi itu.