fbpx

Apa yang akan anda lakukan sekirannya anda tahu hari jadi yang akan datang ini merupakan hari jadi yang terakhir untuk disambut?

Jeng jeng jeng… Menakutkan bukan? Tapi chill, mungkin ada beberapa perkara yang boleh anda lakukan sebelum ia terus menghantui diri.

Ini dia 3 perkara yang boleh anda lakukan sebelum Happy Death Day anda tiba!

  • Cabar Keberanian Diri

Setiap orang ada tahap keberaniannya sendiri, cuba beranikan diri melakukan aktiviti ekstrem yang mencabar tahap keberanian anda seperti melakukan bungee jumping dan sebaginya.

  • Bercuti ke luar negara

Kenapa tidak? Bak kata orang selain dapat cuci mata dengan keindahan, bercuti juga boleh memberi pelbagai faedah pada diri seperti melahirkan kehidupan yang lebih positif dan mampu mengurangkan stress.

  • Cari Siapa Pembunuh?

Relak, jangan panik! Perkara ini hanya dilalui oleh Tree Gelbman apabila dia terpaksa mencari dan meneka siapakah pembunuhnya yang sebenar sebelum tiba hari jadinya.

Nampaknya tidak semua orang beruntung ketika menyambut hari jadi. Bayangkan jika anda terpaksa lalui hari yang sama setiap hari untuk membongkar satu misteri pembunuhan, tidakkah ia mencemaskan dan menakutkan?

Keliru? Cuba tonton trailer filem ini terlebih dahulu. Pasti buatkan anda tertanya-tanya siapakah dalang sebenarnya di sebalik topeng yang menakutkan itu.

Teruja bukan? Filem Happy Death Day ini bakal di tayangkan di pawagam bermula 17 Oktober 2017. Nah ini dia beberapa gambar sudutan dari filem ini.