fbpx

“Perkara Biasa, Saya Pun Pernah Terkucil”

Mengulas mengenai persembahan Nabila Razali di Anuegrah Juara Lagu 35 (AJL35), Raja Pop, Datuk Jamal Abdillah berkata isu terkucil adalah perkara biasa.

Menurut Jamal, isu kesihatan mungkin antara faktor nyanyian Nabila ‘tergelincir’ pada malam tersebut serta memberi kata-kata semangat kepada penyanyi itu.

BACA: Bakal Timang Anak Lelaki, Jamal Abdillah Pilih Nama ‘Zek’

“Itu semua perkara biasa dan saya sendiri pun pernah terkucil gara-gara kerap membuat persembahan menyebabkan kondisi kesihatan terganggu. Jadi untuk Nabila dia perlu terus berusaha dan jangan patah semangat,” katanya.

Dalam pada itu, Jamak tidak menafikan pentas AJL memberikan debaran berbeza kepada penyanyi termasuk dirinya meskipun sudah bertahun-tahun menyanyi.

“Saya suka AJL tetapi saya tidak suka debaran. Walaupun lama menyanyi, saya tetap berdebar-debar setiap kali tampil di pentas itu.

“Kita tidak mahu orang kata penyanyi lama tewas dalam memberi persembahan terbaik.

“Namun, kita kena berseronok di pentas. Kita manusia biasa. Kadang-kadang pada tahap bagus, namun, ada masa, kesihatan tidak mengizinkan,” katanya.