Satu demi satu ujian menimpa bekas isteri pendakwah bebas, Da’i Farhan. Selepas diceraikan, Noorainul atau lebih dikenali sebagai Dr Erin berdepan berita duka apabila mengalami keguguran.
Lebih setahun kisah rumah tangganya menjadi bualan hangat, Dr Erin berkata dia mahu memulakan hidup baru bersama anak-anaknya. Menerusi Instagram, Erin meluahkan rasa syukur semuanya sudah selamat dan kisah tahun lalunya tamat sampai disini.
BACA: Bekas Isteri Da’i Farhan Keguguran Selepas Diceraikan
Dalam perkongsian itu, Erin turut memuat naik artikel dirinya mengalami keguguran, katanya itu mungkin kisah viralnya yang terakhir.
“Mungkin ni adalah viral yang terakhir kot. Lepas ni saya dan anak-anak nak mulakan kisah hidup baru kami dengan aman dan bahagia hendaknya disamping orang-orang yang boleh menerima seadanya kami yang serba kekurangan ini.
“Alhamdullilah semua sudah selamat dan kisah Novel hit 2019 (1819) TAMAT di sini,” tulisnya.
Dalam pada itu, Erin mengucapkan terima kasih kepada mereka diluar sana yang melemparkan kata-kata baik mahupun kejian terhadapnya. Erin turut meluahkan rasa syukur kerana ramai yang masih sayangkannya dan memberikan kata-kata semangat padanya.
“Terima kasih diatas ucapan baik mahupun kejian, saya bersyukur masih ramai yang sayag dan beri kata-kata semangat selama ini kepada saya. Inshaallah doakan saya dengan kisah adaptasi Novel terbaru (SYG 94) lepas ini,” tulisnya.
Terdahulu, nama Da’i Farhan menjadi perhatian ramai apabila didakwa berkahwin dengan Dr Erin yang merupakan seorang janda anak lapan tanpa pengetahuan isteri pertamanya, Fatin Nurul Ain.
Lebih panas, Farhan menceraikan isteri pertamanya yang ketika itu sedang sarat hamil anak kedua menerusi rakaman suara aplikasi WhatsApp.