fbpx

Pergi Tunai Umrah, Shuk Sahar Sempat Balas Komen Fara Salleh

Jika anda mengikuti Instagram Shuk Sahar, pasti ramai tahu pelawak sensasi itu kini berada di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah Umrah.

Menerusi satu perkongsian, Shuk dilihat memuat naik gambarnya berada di Masjid Nabawi serta meluahkan rasa syukur kerana berpeluang menjejakkan kaki ke sana.

BACA: Shuk Sahar Akui Rindukan Dunia Hiburan

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ???? ????? (@shuk_sahar)

Dalam entri tersebut, Shuk turut menyertakan kapsyen dimana dia memohon doa agar dapat melupakan sebentar urusan di dunia yang tidak pernah habis.

“Alhamdulillah aku sampai. Doakan aku dapat lupakan sekejap urusan dunia yang tak akan pernah habis Ya Allah,” tulisnya.

Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai diruangan komen apabila wanita yang dikaitkan dengan kontroversi rumah tangga pelawak itu iaitu Fara Salleh ada meninggalkan komen.

Fara dilihat meninggalkan komen meluahkan rasa syukur dan Shuk membalas komen wanita itu dengan mengucap kembali Alhamdulillah dan terima kasih.

Terdahulu, status rumah tangga Shuk dan isterinya masih menjadi tanda tanya. Bagaimanapun, Sera berkata dia dan Shuk masih berhubung namun hanya kerana anak-anak sahaja. Sera mengakui dia juga tidak boleh memaafkan suaminya lagi.