Selepas isu curang dan hangat diperkatakan mengenai kemelut rumah tanggnya, tiada lagi kelibat Shuk Sahar di kaca televisyen. Malah, sebelum ini Shuk mengakui namanya ditolak stesen televisyen.
Baru-baru ini, perkongsian Shuk menjadi perhatian ramai apabila seperti menjawab pertanyaan netizen sama ada rindu atau tidak untuk kembali dalam dunia hiburan.
BACA: Rakam Wanita Sakan Bergelek, Shuk Sahar Diselar Netizen
Menerusi entri itu, Shuk berkata ada yang bertanyakan kpadanya adakah dia tidak rindu untuk melawak lagi. Shuk menjawab sudah tentu dia rindu.
Katanya lagi, dia mengakui rindu untuk melawak, mengacara dan rindu untuk bercakap dengan kawan-kawan di dalam radio.
Perkongsian Shuk itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memerli pelawak itu serta menyalahkan dirinya menjadi punca di atas semua yang berlaku.
Netizen turut mendakwa, apa yang berlaku adalah balasan buat Shuk kerana menyakiti hati isterinya serta meminta pelawak itu supaya bertaubat.
Terdahulu, isteri kepada pelawak itu iaitu Rossa Sera berkata dia dan Shuk masih berhubung namun hanya kerana anak-anak sahaja. Sera mengakui dia juga tidak boleh memaafkan suaminya lagi.