fbpx

IPC Shopping Centre kini mula memperkenalkan Pusat Kitar Semula dan Beli Balik (RBBC) yang telah diubah suai dan dinaiktaraf dengan pelbagai penambahbaikan dan ciri-ciri baharu.

Menariknya,  penawaran tempat pelupusan pelbagai kategori sisa yang menggunakan ciri digital baharu yang ringkas lagi kemas pun ada.

Nak-nak lagi, susun atur dan rekaan ala-ala Scandinavia yang ceria bertenaga seperti ini dijangka akan meningkatkan lagi perjalanan kitar semula para pengguna dengan pengalaman yang serba lancar.

Korang yang berminat untuk menghantar sisa lupus di RBBC IPC, boleh menggunkan tempat pengumpulan sisa kitar semula digital layan diri yang dilengkapi dengan program kesetiaan (loyalty program) menerusi aplikasi dengan keahlian IPC Tack Club kepada para pembeli dan penyewa yang menggunakannya.

Sekiranya mata ganjaran yang dikumpul telah mencukupi, korang boleh menebus dan mendapatkan e-baucar membeli-belah, parkir percuma, dan banyak lagi lah!

Bertempat di lokasi yang sama iaitu di kawasan tempat letak kereta P1, lokasi RBBC IPC dikatakan cukup strategik dalam membantu memberikan akses mudah kepada para pembeli-belah untuk menghantar sisa kitar semula mereka.

Sejak ia ditubuhkan pada 2009, pusat itu bermula dengan enam kategori kitar semula iaitu kadbod, surat khabar, kertas, plastik, besi, dan aluminium. Untuk versi digital ini, 3 lagi kategori tambahan iaitu karton minuman, polisterin, dan tekstil.

Selain itu, RBBC baharu ini juga boleh menerima sisa yang termasuk dalam kategori tidak boleh dikitar semula seperti:

  • tiub dan mentol lampu
  • ubat-ubatan
  • kaca
  • bateri
  • sisa elektronik
  • sisa makanan

Tidak hanya itu, RBBC IPC ini dibina menggunakan bahan-bahan lestari seperti bahan pembinaan hijau AAC untuk blok dinding yang ringan, bahan perekat berwarna-warni dan cat yang rendah kandungan sebatian organik meruap (VOC), cat ruang dalaman berasaskan air dan pencahayaan LED termaju bagi menjimatkan tenaga elektrik.

Apa yang menarik juga, IPC turut mengitar semula kain rentang terpakai yang dikumpulkan daripada para penyewa untuk dijahit dan dijadikan beg guna semula dengan kerjasama NGO tempatan, Woman of Will.

Kempen Hijau IPC 2022 – “Smarter, Greener, Together”

Sempena pelancaran RBBC baharu yang telah dinaiktaraf ini, IPC Sopping Centre turut menganjurkan kempen hijau kitar semula di mana kempen ini turut menawarkan ganjaran berganda untuk sisa kertas, plastik, dan aluminium menerusi kempen hijau tahunan “Smarter, Greener, Together”.

Bermula dari 1 Julai hingga 4 September 2022, dengan kerjasama Nestlé dan Tumboh, korang yang menghantar sisa kitar semula mengikut berat yang dinyatakan layak untuk menerima ganjaran berikut daripada i-Counter yang terletak di Tingkat Bawah:

  • Min 6kg sisa kitar semula : Tack Points, dua e-baucar RM5 dan cecair pencuci tangan daripada Tumboh*
  • Min 10kg sisa kitar semula : Tack Points, dua e-baucar RM5, cecair pencuci tangan daripada Tumboh dan Set Mangkuk Mavaron IPC*
  • Karton minuman boleh kitar semula : 50 pengitar semula terbaik dengan karton minuman terpakai paling banyak akan menerima 1 kluster Milo UHT 125ml dan satu kad Milo Touch ‘n Go edisi terhad

*Ganjaran hanya terpakai untuk pengumpulan setiap kategori: plastik, aluminium dan kertas

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pengalaman RBBC IPC Shopping Centre yang telah dinaiktaraf, layari laman rasmi RBBC IPC dan www.ipc.com.my/smartergreen untuk kempen ‘Smarter, Greener, Together’.