“Perempuan Sekarang Kena Kental Sebab Jantan Ramai Yang Squishy”

Pelakon Zila Bakarin menjadi perhatian apabila dilihat meninggalkan komen pada video memaparkan seorang pempengaruh yang merupakan ibu tunggal serta terpaksa menanggung anaknya.

Menerusi hantaran di Threads, Zila berkata dia tidak mahu memberikan komen mengenai video tular itu dengan mengatakan meskipun buat luahan namun si bapa tetap begitu.

BACA: “Terkejut, Umur 51 Dah Bau Tanah Baru Nak Ada Kelab Peminat”

Menurut Zila lagi, individu yang bergelar ibu tunggal rezeki mereka datang dalam pelbagai bentuk dan adakalanya tidak disangka-sangka.

“Tak nak komen, tapi dah lalu, kita komen lah, dia gini, awak bising bising pun begitu jugak bapak dia. Akak bagitahu satu benda, janda ni rezeki dorang lain macam tau. Kadang-kadang tak disangka-sangka,” tulisnya.

Kata Zila lagi, apa yang penting sebagai ibu perlu ikhlas dalam menjaga amanah Allah. Dalam pada itu, Zila berkata tindakan meluahkan rasa secara terbuka anak-anak boleh mendengar serta memahami.

“Tapi kena ikhlas jaga amanah. Kalau kau berkira-kira, memekak-mekak habis satu dunia nak kasi tahu awak terpaling disakiti, jangan komplen kalau macam-macam benda jadi.

“Anak kau dekat belakang tu dengar je, dah besar kalau dia tak nak jaga kau, jangan buat video macam ni cakap anak pula buat hal. Perempuan sekarang kena kental sebab jantan ramai yang squishy,” katanya.

×