“Perempuan ‘Demanding’ Punca Ramai Lelaki Masih Solo” 

Pelakon Aniq Suhair berpendapat ramai lelaki memilih untuk terus membujang kerana sikap segelintir wanita yang bersikap ‘demanding’.

Memetik Utusan Online, aktor berusia 25 tahun itu berkata di usia awal 20-an lelaki baru saja memulakan kerjaya dan mungkin tidak dapat memenuhi kehendak  sesetengah wanita yang mungkin tinggi.

BACA: Wanita Dakwa Hamil Anak Aniq Suhair Terima RM60,000 Untuk Gugur Kandungan?

“Sebenarnya, antara faktor ramai lelaki sekarang masih solo adalah kerana kebanyakan perempuan pada masa kini bersifat ‘demanding’.

“Sebenarnya, perempuan tak perlu bersikap demikian. Sebagai pasangan, kita perlu bersikap tolak ansur dan menerima lelaki itu seadanya.

“Tapi sekiranya itu sudah menjadi standard yang diletakkan, maka mungkin mereka boleh mencari pasangan yang mampu untuk dijadikan suami,” katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai syarat penerbit Datuk A Aida yang meminta hantaran RM10 juta sebagai hantaran anaknya, Azeva, Aniq berkata itu mungkin satu bentuk penolakan.

“Saya faham, A. Aida meletakkan anaknya pada standard yang tinggi apabila meletakkan RM10 juta sebagai wang hantaran. Dalam erti kata lain, itu satu penolakan kerana dia belum bersedia melepaskan Azeva,” katanya.

Dalam pada itu, Aniq berkata dia dan Azeva tidak perlukan gimik cinta lokasi untuk mempromosikan filem gandingan mereka, Bisikan Nafsu.

“Kami tak perlu cipta gimik seperti bercinta di lokasi dan sebagainya. Tetapi jika penonton berpandangan kami ini serasi apabila digandingkan bersama, Alhamdulillah. Saya anggap itu sebahagian teknik pemasaran filem ini.

“Pada masa sama, jika ada penonton yang mendoakan jodoh antara kami, kami tetap berterima kasih. Jodoh itu Tuhan yang tentukan,” katanya.

Sumber: Utusan Online

×