fbpx

“Perempuan Bila Dah Kahwin Jangan Selekeh”

Sentiasa tampil cantik bergaya bak gadis muda, Rozita Che Wan berpesan kepada kaum wanita agar sentiasa menjaga penampilan biarpun sudah berkahwin dan mempunyai anak. Menurut Che Ta, itu bukan alasan untuk kelihatan selekeh!

BACA: Netizen Kritik Nama Produk ‘Apam Che Ta’ Berbaur Lucah

Menerusi Instagram, Che Ta menegur sikap sesetengah wanita yang mudah merasa cukup dengan penampilan yang sedia ada selepas berkahwin, hanya kerana kesibukkan menjaga anak-anak dan suami di rumah.

Tulisnya lagi, tidak salah untuk wanita yang sudah berkahwin untuk bergaya dan melawa. Che Ta juga sempat memberi tips buat wanita yang mahu bersiap, seperti berikan saja tugas menjaga anak sementara kepada suami.

Rata-rata setuju dengan padangan Che Ta yang tampak ringkas tapi penting dalam menjaga keharmonian hidup berumah tangga. Buat kaum isteri, bolehlah pratikkan tips dan cadangan Che Ta lepas ni ya! (rtky/w)