Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan mengenai bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James dikecam hebat apabila dia memuat naik kenyataan berbaur perkauman mengenai insiden rusuhan di Amerika Syarikat.

Kemudian tular videonya didakwa mabuk dan bergaduh ketika pertandingan Miss Universe 2018. Malah, satu demi satu pendedahan terus dibongkar mengenai sisi ratu cantik itu.

BACA: Bekas Ratu Cantik Mohon Maaf, Mengaku Salah Tulis

Terbaru, seorang pereka fesyen tempatan yang enggan namanya didedahkan memberitahu tidak senang dengan gadis itu serta sudah serik untuk bekerjasama dengan Samantha yang dikatakan mempunyai sikap tidak profesional.

Malah, Samantha juga dikatakan mempunyai masalah komunikasi dan sikap terutama ketika sesi perbincangan. Ujarnya lagi, Samantha juga tidak mesra degan orang lain seperti Ratu Cantik yang selalu kita lihat.

“Saya pernah dipelawa untuk menyiapkan dresnya untuk acara Miss Universe ketika itu. Pertama kali bertemunya, dia punyai ‘attitude’ ketika meeting.

“Saya dapat rasakan aura diva dia yang tak teruja pun ketika perjumpaan itu. Asyik main phone, pakai skirt pendek dan baju seksi bertali halus, yang mana perkara itu tidak manis sebagai seorang Ratu Cantik.

“Malah, dia juga bukan seperti Ratu Cantik yang kita selalu tengok. Tidak mesra pun dengan orang lain, katanya kepada Gempak.

Pereka fesyen itu juga menyifatkan Samantha seorang yang keras kepala dan tidak menghormati orang lain. Katanya lagi, Samantha didakwa mahukan pakaian yang seksi dan dada terdedah.

“Dia tidak hormat orang dan demanding nak itu nak ini. Dia nak yang seksi, slit tinggi, dedah dada dan enggan mendengar idea orang lain.

“Memanglah pereka fesyen pun mahukan satu gabungan idea dan pendapat yang dipersetujui kedua-dua belah pihak.

“Tetapi, pereka fesyen pun ada kredibiliti dan estetik mereka. Selain itu, mereka pun mahu menyampaikan mesej dengan rekaan baju itu. Apa yang boleh saya katakan pertemuan itu satu sesi yang dingin dan tak menyeronokkan,” katanya.

Difahamkan, pereka fesyen tersebut terpaksa menolak tawaran untuk menghasilkan busana Miss Universe kerana ingin menjaga reputasi dan kredibilitinya.