fbpx

Bekas Ratu Cantik Mohon Maaf, Mengaku Salah Tulis

Umum mengetahui sedang hangat diperkatakan seluruh dunia mengenai tragedi pembunuhan lelaki berkulit hitam di Amerika Syarikat, George Floyd yang membawa isu rasis di negara itu.

Perkara itu turut menjadi bualan ramai di Malaysia, malah lebih kecoh apabila bekas ratu cantik Miss Universe Malaysia, Samantha Katie James dikecam hebat apabila dia memuat naik pandangan peribadinya mengenai insiden rusuhan di AS.

Rata-rata netizen berpendapat, kenyataan Samantha itu keterlaluan dan bersifat perkauman. Bagaimanapun, selepas dikecam teruk, bekas ratu cantik itu tampil membuat permohonan maaf di Instagram miliknya.

Tampil menjelaskan kenyataannya sebelum ini, “black people choose to be black” dan “to the black people, relax, take it as a challenge, it makes you stronger”, Samantha akui dia gagal menyampaikan mesej dengan baik kepada netizen.

Samantha mengakui dia seharusnya menggunakan perkataan serta ayat yang berbeza dan akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kenyataan yang dikeluarkan tempoh hari.

Dia juga mengakui bahawa dia adalah kacukan Cina Malaysia dan bapanya adalah orang Brazil. Ibu bapa angkat yang membesarkannya pula berbangsa India Malaysia.

Terdahulu, Samantha didakwa menaikkan posting bahawa gerakan #BlackLivesMatter merupakan bukti jelas golongan White Americans telah menang, dan menganggap kalangan pemprotes sebagai ‘bodoh’.

“Saya tak tinggal di Amerika Syarikat dan ia tiada kena mengena dengan saya. Tetapi bagi saya, ia kelihatan seperti orang putih sudah menang.

“Jika anda marah, anda bertindak balas dalam kemarahan dan penuh penderitaan, ia bermaksud anda telah dikuasai perasaan itu. Mereka sudah menguasai anda.

“Anda memilih untuk lahir sebagai ‘coloured person’ atas sebab tertentu. Terimalah seadanya. Sehingga sekarang kelaparan dan kemiskinan masih wujud. Ia adalah seadanya. Ia tidak dapat dielakkan. Lebih baik anda bertenang, lindungi hati anda, jangan biarkan ianya rapuh,” katanya lagi.