fbpx

Kadangkala timbul perasaan untuk lepaskan segala penat lelah setelah seharian berkerja. Ada orang cara untuk lepaskan penatnya dengan pergi shopping, keluar dengan rakan-rakan dan ada yang suka kurungkan diri di dalam rumah sahaja.

Tapi tahukah anda, dengan mencipta satu percutian bersama keluarga itu adalah satu terapi terbaik di samping memperolehi semangat baharu selepas percutian.

Bercakap soal percutian, kebanyakkannya gemar memilih penginapan berbentuk hotel yang serba-serbinya lengkap dengan kemudahan.

Misalnya, Sunway Clio Hotel adalah satu lokasi percutian yang terbaik buat anda sekeluarga menginap meskipun terletak di tengah-tengah bandar Sunway City.

Apabila bercuti pastinya anda inginkan sebuah percutian yang indah bukan? Jangan risau, di Sunway Clio Hotel anda akan ditawarkan pelbagai keistimewaan menarik di samping mendapat pelbagai reward yang tidak masuk akal.

Jangan tidak tahu, di Sunway Clio Hotel juga anda boleh dapatkan harga bilik engan kadar mampu milik untuk penginapan anda sekeluarga.

Nak-nak lagi Sunway Clio Hotel ini dilengkapi dengan pusat beli-belah, hiburan serta taman temanya yang sangat awesome dalam satu tempat sahaja.

Kedudukan Sunway Clio Hotel yang strategi ini juga memudahkan anda untuk berjalan kaki sahaja menuju ke pusat membeli belah Sunway Pyramid dan taman tema Sunway Lagoon.

Mudahlah untuk anda bergerak dan mengatur aktiviti untuk dilakukan bersama keluarga apabila semuanya dalam satu kawasan sahaja.

Senang cerita, di Sunway Clio Hotel ini anda tidak perlu pening kepala untuk fikir tempat letak kereta yang jauh, perlu hadap jalan sesak lagi, kerana di Sunway Clio Hotel semuanya berdekatan dengan mall dan taman teman jadi tak perlu anda habiskan masa yang lama untuk menuju ke destinasi.

Di pusat beli-belah Sunway Pyramid ini pasti buat anda sekeluarga jatuh cinta. Mana tidaknya apabila hotel penginapan anda bersebelahan shopping mall yang popular dan serba lengkap untuk anda berbelanja, berhibur serta menjamu selera.

Terdapat pelbagai kedai berjenama di dalamnya dari sekecil-kecil jenama sehinggalah jenama yang tip top.

Bukan sahaja lengkap dengan pelbagai kemudahan. Sekarang Sunway Clio Hotel sedang menawarkan harga tiket yang berbaloi untuk keluarga anda berseronok dengan pakej family fun.

Menarik lagi, jika anda membeli tiket family fun yang lengkap dengan pakej bilik dan taman tema anda akan diberi keutamaan untuk mengguna kesemua kemudahan dan pastinya berbaloi untuk percutian keluarga yang mempunyai anak kecil.

Anda juga boleh pulang semula ke hotel untuk beri keselesaan kepada anak kecil anda sambil-sambil menikmati keenakan juadah di cafe hotel tersebut.

Nak lagi menarik, sambil-sambil berehat di bilik hotel itu, anda boleh bersantai dahulu di kolam renang Sunway Clio Hotel yang berlatarbelakangkan permandangan menarik untuk anda sekeluarga.

Jangan tak tahu anda juga boleh bersenam di fitness centre yang terletak pada aras 8 di Sunway Clio Hotel yang disediakan untuk anda. Lepas selesai bersenam barulah boleh terjah masuk taman tema Sunway Lagoon.

Masuk sahaja taman tema Sunway Lagoon pasti anda rasa tidak sabar untuk cuba kesemua permainan air seperti slaid air yang berputar dan berpusing menyusuri sungai buatan manusia, pantai luncur, kolam gelombang, kapal lanun berputar 360° banyak lagi permainan menyeronokkan di taman tema seluas 88 ekar ini.

Secara keseluruhan, menginap di hotel ini memberi pengalaman yang memuaskan kepada anda sekeluarga. Mana tidaknya bila sudah semua lengkap tidak perlulah untuk anda mengguna pengakutan awam lagi untuk bergerak ke sana ke sini.

Pastikan Sunway Clio Hotel ini ada dalam list penginapan percutian anda jika anda tidak mahu menangis bila lihat dompet anda kering selepas bercuti kerana di sini serba serbi berbaloi.