fbpx

Perangai Elok, Hati Bersih Tips Cantik Fasha Sandha

Siapa yang tidak mengenali pelakon cantik jelita Nur Fasha Sandha. Walaupun sudah bergelar ibu kepada dua cahaya mata, namum kejelitaannya persis anak dara.

Jika dilihat sejak dari awal kemunculannya di dalam industri hiburan tanah air, penampuilannya masih sama sehingga kini. Pasti ramai yang inign tahu rahsia kecantikan wanita jelita ini!

1. Sukakan makanan Jepun yang sihat & tidak berminyak

Fasha sukakan makanan Jepun kerana tidak terlalu berminyak dan tiada kolestrol. Pola pemakanan sangat penting untuk mendapatkan bentuk badan ideal.

2. Amalkan minyak zaitun untuk rambut cantik

Bekerja di set pengambaran beri tekanan pada rambut. Jadi, Fasha mengamalkan minyak zaitun kerana banyak khasiat walaupun baunya kurang menyenangkan.

3. Amalkan pupur rambut dengan menggunakan santan

Menurut Fasha, dia turut berkongsi petua turun-temurun dari ibunya bagaimana untuk memiliki rambut yang sihat tanpa bahan kimia iaitu dengan memerap rambut menggunakan santan yang tidak digunakan lagi.

4. Mengamalkan makanan kesihatan royal jeli

Untuk kekal sihat dan kulit yang cantik, Fasha mengamalkan makanan kesihatan royal jeli yang hanya dibeli di kedai ubat Cina sahaja.

5. Apabila dalaman cantik, luaran pun akan sentiasa cantik

Bagi Fasha, kecantikan seseorang itu berdasarkan kecantikan dalaman, Jika dalaman positif dan tiada niat buruk, maka cantiklah luaran seseorang itu.