Sebelum ini Rita Rudaini ada keluarkan kenyataan di media akan keputusan Aidil Zafuan menceraikannya melalui SMS pada Ramadan lalu seperti tidak menghormati agama dan disebabkan itu juga dia dan juga keluarganya telah digelar cetek agama.

Kenyataan yang dikeluarkan itu membuatkan kembar Aidil, Zaquan Adha yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) tidak berdiam diri dan menulis status di laman Twitter yang seakan ditujukan kepada Rita Rudaini.

Zaquan Adha turut mengajak Rita untuk bersemuka kerana di dalam kenyataan Rita sebelum ini, dia telah mengaitkan keluarganya yang turut dituduh cetek agama.

Tambah Zaquan yang juga merupakan suami kepada aktres terkenal, Ayu Raudhah meminta Rita supaya berhenti menagih simpati dan jangan cuba mengheret nama keluarganya pula ke dalam masalah rumah tangga mereka berdua yang tidak berkesudahan itu.

Rita Rudaini dalam masa yang sama menulis melalui akaun Twitter beliau membalas kembali kenyataan Zaquan Adha mendakwa pemain bola sepak itu sengaja mencari publisiti murahan & enggan melayan.