fbpx

Perang Besar Fathia Latiff, Caprice Di Instagram

Nama Fathia Latiff sekali lagi mendapat perhatian umum apabila ‘berperang’ mulut dengan penyanyi, Caprice mengenai isu kenyataannya meminta pelakon, Iqram Dinzly membunuh diri ketika membuat video live tempoh hari.

BACA: Fathia Latiff Tanya Bila Iqram Dinzly Mahu Bunuh Diri

Kisahnya bermula apabila Caprice mengkritik tindakan Fathia sebagai tidak wajar dan isu depresi serta bunuh diri bukan sesuatu yang boleh dipermainkan. Namun kritikan itu tidak mendapat respon baik dari Fathia.

Not again. ??

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Malah Fathia turut meninggalkan komen di laman sosial penyanyi itu dengan membangkitkan insiden pemberian kek cawan oleh Caprice yang ditolak. Perli Fathia lagi, mungkin disebabkan itu Caprice juga turut mengalami depresi.

Tidak lama selepas itu, Caprice menegur pula Nur Sajat di atas isu jantinanya kini yang menjadi persoalan. Tidak mengalah, Fathia kembali membidas Caprice kerana membangkitkan isu sensitiviti terhadap usawahan itu.

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Tidak habis di situ, Caprice membalas dengan mengungkit kembali kontroversi aplikasi Bigo yang melanda Fathia dulu sehingga menaikkan kemarahan wanita itu. Menurut Fathia, Caprice tidak bersikap motivator profesional tetapi hanya ‘mak Esah jual jamu’.

Parah juga perang mereka ini hingga membangkitkan segala hal dulu kala. Rata-rata ramai mengkritik Caprice kerana ‘panas punggung’ bila dikritik sedangkan dirinya sering mengkritik orang lain. (rtky/w)