fbpx

Peraduan IWK e-Bil Jer! Tarik Ramai Pelanggan IWK Tukar Kepada e-Bil

Seronoklah pemenang IWK e-Bil kali ni, siap bawa balik kereta Proton Saga, Televisyen 86 inci dan Macbook Pro lagi sebagai hadiah dalam Peraduan IWK e-Bil Jer 2022. Rugi lah pada yang tak join peraduan santai Indah Water ni.

Kalau korang nak tahu, baru-baru ni Syarikat Pembetungan Nasional, Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd telah meraikan pelanggannya dengan mengumumkan pemenang utama dalam peraduan tersebut dan paling heaven sekali hadiah memang tak masuk akal.

Peraduan santai macam ni pun boleh dapat hadiah di luar jangkaan. Jawabnya raya kali ni pemenang IWK e-Bil senyum lebar lah dapat beraya dengan hadiah awesome ni.

Peraduan IWK e-Bil Jer 2022 yang bermula dari 1 Julai 2022 hingga 15 Disember 2022, dianjurkan bagi tujuan mempromosi dan menggalak pelanggan IWK untuk lebih menyertai usaha pengebilan tanpa kertas demi persekitaran yang lebih baik.

Jangan tak tahu, peralihan kepada bil elektronik ini juga adalah selaras dengan tanggungjawab semua pihak dalam menunaikan peranan ke arah usaha pemulihan alam sekitar.

Bagi yang tertanya-tanya apa jer peraduan IWK e-Bil jer 2022 sampai boleh  dapat hadiah menarik ni? Ni jer cara setiap pelanggan e-bil IWK hanya perlu sertai  kempen ahli-mencari-ahli (member-get-member), iaitu pelanggan perlu mendaftar kepada e-bil, kemudian mengajak pelanggan IWK yang lain untuk mendaftar IWK e-bil juga.

Lebih banyak pendaftaran di bawah kod rujukan, lebih tinggi peluang untuk memenangi hadiah cabutan bertuah. Simple jer kan peraduannya. Nak dengan tak nak jer. Tapi itu lah dah terlambat. Lepas ni jangan skip peraduan dari IWK sebab hadiah mereka bagi bukan calang-calang.

Kalau korang nak tahu, Nurzulaika Binti Kamaruddin berjaya merangkul tempat pertama dan membawa pulang kereta berkenaan. Pemenang kedua Salmawati Binti Mansor, pula memenangi sebuah Smart TV Prism+ 86 inci, manakala pemenang ketiga Kee Meng Hua membawa pulang Apple Macbook Pro.

Di samping tiga pemenang utama, seramai 10 orang pemenang lain juga telah berjaya merangkul hadiah saguhati yang menarik seperti Smartwatch Samsung Galaxy 4, Fitbit, Kerusi Urut Bergerak Ogawa, Pembersih Udara Ogawa dan Tab Huawei Matepad.

Ketua Pegawai Operasi IWK, Haji Mohd Zainal Zakaria telah menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang dalam satu majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di IWK Eco Park, Pantai Dalam baru-baru ini.