Selasa lalu berlangsungnya perlawanan Piala Malaysia 2021 antara Kuala Lumpur City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Apa yang menjadi bualan ramai apabila tular foto dimana kebanyakan penonton yang hadir dilihat tidak mengikut SOP dan duduk rapat ketika menonton perlawanan.
BACA: Firdaus Wong Lapor Polis Difitnah Sebar Video Lucah
Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Firdaus Wong yang menyuarakan pendapatnya agar saf di surau dan masjid juga dapat dirapatkan seperti yang berlaku di stadium.
“Saya berharap agar surau & masjid dapat diimarahkan, saf dirapatkan sebagaimana penyokong bolasepak boleh duduk rapat-rapat, penumpang bas & penumpang kapalterbang boleh duduk sebelah menyebelah,” tulisnya.
Kata Firdaus lagi, dia hanya berkongsikan suara hati sahaja namun para ulama lebih tahu mana yang lebih baik berhubung perkara itu.
Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang menyokong pendapat Firdaus serta meminta pihak berkenaan mengkaji semula SOP untuk surau dan masjid.