fbpx

Firdaus Wong Lapor Polis Difitnah Sebar Video Lucah

Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju selepas didakwa menyebarkan foto dan video lucah melalui satu saluran Telegram.

Menerusi satu kenyataan di Facebook, Firdaus menafikan dakwaan kononnya beliau adalah pemilik akaun Telegram yang menyebarkan bahan lucah tersebut.

BACA: Firdaus Wong Bersumpah Tiada Hasad Dengki Terhadap Pendakwah Terkenal

“Alhamdulilah selesai membuat laporan polis tentang fitnah yang disebarkan kononnya sayalah pengasas & pemilik saluran Telegram yang menyebarkan video serta gambar lucah. Saya menafikan fitnah tersebut!

“Saya hanya memiliki satu Telegram rasmi sahaja di pautan ini https://t.me/brofirdauswong & menafikan sebarang fitnah yang mengaitkan saya dengan penyebaran sebarang video & gambar lucah,” tulisnya.

Meskipun difitnah, Firdaus berkata dia memaafkan individu yang meleparkan kata-kata cacian terhadapnya namun tidak akan berdiam sekiranya difitnah.

“Saya akan memaafkan mereka yang memaki-hamun, menyindir, mengejek atau menghina saya tetapi saya tidak akan mendiamkan diri apabila saya difitnah,” katanya.

Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Firdaus mendedahkan mesej perbualan didakwa milik seorang pendakwah terkenal di satu saluran Telegram.