fbpx

Penyanyi Popular Malaysia Ditangkap Curi Telefon Bimbit

Updated: Penyanyi tersebut telah di’kenalpasti sebagai Mamat, bekas vokalis Exist.

Alkisahnya, kerana kesempitan duit, sanggup mencuri harta kawan seperjuangan sendiri.

Kisah ini masih tiada nama yang di’kaitkan namun jika satu masa terbongkar, pasti gempar dunia hiburan Malaysia.

Semalam, seorang penyanyi rock popular Malaysia berusia lingkungan 30-an di’tahan kerana di’syaki mencuri telefon bimbit bernilai SGD280 (RM682).

Telefon bimbit itu dikatakan milik seorang pelakon Singapura & penyanyi ini menumpang tidur di’rumah pelakon ini sejak 3 November lalu.

Satu hari, pelakon ini bangun tidur & menyedari yang penyanyi ini lesap bersama telefon bimbit yang baru sahaja di’beli.

“Saya mula mengesyaki dia yang mencuri setelah teman wanitanya yang tidak pernah saya kenali mengirimkan SMS kepada rakan saya untuk memberitahu nombor telefon barunya. Namun, nombor itu sebenarnya nombor telefon bimbit milik saya”

Begitulah kisahnya si penyanyi rock popular tidak berduit tetapi masih mahu hadiahkan sesuatu buat teman wanita.

Lebih menyedihkan, ketika di’tangkap, penyanyi ini merayu-rayu untuk di’lepaskan kerana memerlukan wang — bekas isteri & anaknya sakit.

Penyanyi Malaysia itu kini ditahan di Balai Polis Bedok.