fbpx

Penyanyi & Peserta Big Stage, Sandra Dianne Meninggal Dunia

Selepas beberapa hari dilaporkan koma, penyanyi dan peserta Big Stage, Sandra Dianne yang terlibat dalam kemalangan jalan raya Sabtu lalu disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, awal pagi, hari ini.

Penyanyi berusia 26 tahun itu dilaporkan koma dan ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) hospital itu. Berita sedih itu dikongsikan oleh beberapa artis dan rakan terdekat penyanyi berkenaan.

Terdahulu, Sandra yang popular dengan lagu Hey Kau terbabit dalam kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan untuk menjalani latihan penuh Big Stage di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Difahamkan, kereta yang dinaiki arwah bersama seorang rakannya itu brek mengejut secara tiba-tiba sebelum hilang kawalan dan terbalik.