Penyanyi Nasyid Ditahan Terlibat Kes Dadah
Sejak pagi tadi hangat diperkatakan apabila seorang penyanyi nasyid ditahan di sebuah kondominnium di Damansara, Petaling Jaya disyaki terlibat dengan kes dadah.
Memetik laporan BH Online, artis lelaki berusia 47 tahun itu ditahan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, semalam.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid.
“Dalam serbuan itu, sepasukan anggota polis menemui dan merampas pokok ganja yang ditanam dan suspek juga didapati memiliki dadah jenis ganja.
“Suspek direman pagi ini di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 39 B, Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Dalam pada itu, sisatan akan dijalankan bagi mengetahui motif sebenar artis yang pernah berkolaborasi dengan artis lain dalam beberapa lagu memiliki dadah.
- SUMBER
- BH Online
hahahaha ni tipikal..guna imej agama nak tunjuk terlebih islamik tapi fake. Ni golongan bani hipokrit, judge orang macam gile…diri sendiri tak terjaga. udah udah le dengan penunggang agama, memalukan islam je
siapa ya ???????
Suhaimi saad
rasa ramai yg boleh agak sebab hanya seorg dua sahaja penyanyi nasyid, bekas anggota kumpulan nasyid dan juga komposer, mencipta lagu utk diri sendiri dan utk penyanyi lain. Saya mcm fikirkan seorg ni tapi biar lahh….lambat laun akan tersebar jugak.
Ala dia ni dah pernah ada kes dulu. Nasyid moden kiranya. Dah 47 tahun dah umur dia wow
Sian bini anak pompuan tu kan. Dah2 la tu. I pun suka lagu2 dia Sampaikan Lah Salam tu … evergreen sgt.
Muka nerd je… insaflah.
Jangan ya laila, jangan terpedaya,
Apa yang kau lihat semuanya fana,
Mimpi ya laila, ganja di tanam……
Yassin sulaiman kot