Penyanyi dikir barat yang ditangkap bersama lima lagi rakyat Malaysia kerana disyaki memiliki 6000 pil pada 1 November lalu mempunyai kelab peminat di penjara Wilayah Narathiwat.
Memetik Harian Metro, Pakar Pengurusan Jenayah (bahagian wanita) Penjara Wilayah Narathiwat, Panata Yononarongdetkul berkata banduan wanita akan menyanyi bersama penyanyi itu pada waktu tertentu.
BACA: Penyanyi Wanita Kelantan Ditahan Bersama Pil Kuda?
“Selain mempunyai kelab peminat di Selatan Thailand termasuk di Narathiwat, penyanyi yang berusia 29 tahun itu juga mempunyai kelab peminat di dalam penjara ini.
“Kebanyakan peminatnya di penjara ini terdiri daripada banduan wanita dan mereka akan menyanyi bersama-samanya pada waktu tertentu.
“Ada antara mereka meminta pihak penjara memuat turun lagu penyanyi itu dan memasangnya sebagai hiburan mereka,” katanya.
Sementara itu, penyanyi dikir barat yang berasal dari Kelantan itu juga dilapor semakin cerita dan teruja untuk kembali menyanyi.
“Selepas lawatan pihak media Malaysia pada 21 Disember lalu, penyanyi itu kelihatan makin gembira dan seolah-olah dia mendapat suntikan semangat yang baru.
“Dia dapat merasakan peminatnya masih memberi sokongan kepadanya dan beliau amat teruja untuk kembali kepada peminatnya,” katanya.
SUMBER: Harian Metro