fbpx

Penyanyi Baru, Qalisha Ray Dijemput Buat Persembahan Di Istana Negara

Tidaklah terlalu baru, tetapi dek kerana baru sahaja muncul dengan album mini, kira boleh’lah di’gelar penyanyi baru. Darah segar bak kata drakula.

Minggu lalu kami ada dengar khabar yang mengatakan Qalisha Ray yang mencipta nama dengan lagu Satu Januari ini di’jemput membuat persembahan khas untuk keluarga diraja.

Wartawan kami lantas menghubungi Qalisha Ray untuk mendapatkan kepastian kerana ini merupakan sesuatu yang besar jika benar dan bukan semua penyanyi mempunyai peluang ke Istana Negara.

Qalisha Ray agak teruja bercerita kepada kami tentang pelawaan pihak Istana Negara untuk beliau menyampai tiga buah lagu sendiri di santapan malam bagi memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-225.

Khabarnya kehadiran Qalisha Ray di majlis tersebut pada malam Rabu lalu adalah atas permintaan Raja Permaisuri Agong sendiri yang berminat untuk melihat bakat didikan Ajai ini sendiri.

Qalisha Ray tidak keberatan untuk berkongsi gambar beliau di Istana Negara pada malam persembahan tersebut & menurut beliau hanya Tuhan sahaja tahu betapa berbesarnya hari beliau menghiburkan pemimpin tertinggi negara pada malam itu.

Fakta Menarik: Qalisha Ray merupakan sepupu kepada pelakon muda Neelofa. Jika anda sudah lama tahu, ini bermakna fakta ini kurang menarik dan kami slowpoke seperti biasa.