Seorang pembantu rumah warga asing didakwa melarikan anak selebriti wanita dipercayai berlaku bulan lalu.
Memetik Harian Metro, selebriti wanita tersebut pernah bergelar penyanyi suatu ketika dahulu telah membuat laporan di Balai Polis Ampang, Selangor.
Bagaimanapun, pembantu rumah tersebut berjaya ditahan polis pada hari kejadian.
Hasil siasatan mendapati, bekas suami selebriti berkenaan yang juga vokalis kumpulan terkenal didakwa menjadi dalang penculikan.
Menurut pembantu rumah itu, dia diarahkan penyanyi lelaki tersebut dengan alasan sudah lama tidak bertemu anak lelaki yang juga anak angkat mereka ketika masih bergelar suami isteri.
Difahamkan, bekas pasangan selebriti itu akan membawa kes mengenai hak penjagaan anak di mahkamah syariah.