fbpx

Selepas musim perayaan ini pastinya ramai antara kita yang mencari cara untuk jimatkan perbelanjaan diri bukan? Maklumlah tidak lama lagi hujung tahun, mahu simpan duit untuk pergi bercuti pula.

Berita baik untuk orang orang macam kami yang suka berjimat dengan tawaran Beli Satu PERCUMA Satu, Watsons Malaysia sepanjang bulan Ogos ini bakal mengadakan tawaran #SatuNation bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan Malaysia 2017.

Bukan sikit sikit barangan yang mereka tawarkan dalam kempen #SatuNation ini, boleh penuh almari rumah anda jika pergi shooping di Watsons hujung minggu ini.

Untuk tunjuk kepada anda apa yang ditawarkan oleh Watsons Malaysia kali ini, kami sendiri berkunjung ke Watsons yang bertempat di The Curve, Mutiara Damansara dan anda tidak akan percaya dengan apa kami jumpa. Lihat saja pilihan tawaran #SatuNation yang kami jumpa.

Satu rak penuh dengan barang promosi #SatuNation kami jumpa!

Perlukan mask muka untuk kulit lebih cantik? Anda boleh dapat dua untuk satu harga.

Perlukan stok syampu rambut untuk seisi rumah? Kita boleh borong dengan promosi Beli Satu PERCUMA Satu.

Cecair mandian? Tisu basah? Pencukur janggut? Semua ada untuk anda beli tanpa risau dompet menipis.

Kami ingat mahu beli satu dua barang sahaja tapi apakan daya godaan tawaran #SatuNation buat kami penuhkan bakul Watsons tanpa sedar — tetapi tidak mengapa semua pembelian ini berbaloi dan mampu tahan lama.

Rasanya minggu depan kami akan datang lagi ke Watsons untuk borong lagi barangan tawaran #SatuNation ini kerana ianya akan berlangung sehingga 4 September 2017. Seronok betul shopping sejimat ini — mesra dompet, orang rumah pun suka. Jom!