fbpx

Penuh Misteri, Filem Hide And Seek Minako Bakal Menghantui Penonton

Peminat filem seram yang sudah lama menantikan filem yang penuh dengan misteri dan tanda tanya, ini ada hadiah terbaik untuk anda.

Sebuah cerita yang bakal menghantui hidup anda, akan mengeggarkan pawagam dengan filem Hide And Seek Minako yang boleh buatkan anda tidak berani bermain sorok-sorok lagi!

Filem lakonan Regina Rengganis, Miller Khan, Nicky Tirta, Wendy Wilson, Natasha Goot dan Gandhi Fernando, berlatar berlakangkan permainan yang popular di kalangan remaja iaitu permainan sorok-sorok.

Malannya, permainan ini bermula apabila sekumpulan sahabat baik mengadakan reunion di sebuah sekolah lama mereka dan ada salah seorang daripada mereka mencipta satu permainan tradisi Jepun iaitu Hitori Kakurenbo sebagai aktiviti reunion mereka.

Hitori Kakurenbo yang terkenal dengan permainan sorok-sorok sambil membawa satu anak patung Itchimatsu dari Jepun bernama Minako.

Hide & Seek Minako ini bertambah seram apabila permainan sorok-sorok yang luar biasa dengan ritual memanggil orang yang sudah meninggal ini mengubah suasana reunion mereka sehingga ada di kalangan mereka yang hilang.

Tanpa mengetahui kekesalan yang bakal menimpa, permainan yang dianggap sebagai keraian reunion itu dalam sekelip mata berubah tragis.

Persoalanannya dapatkah mereka menyelamatkan diri daripada bermain sorok-sorok dengan hantu? Dan berjayakah mereka keluar dari sekolah lama mereka yang penuh dengan misteri?

Nak tahu lebih lanjut cerita yang penuh dengan misteri ini, jangan lupa serbu pawagam berdekatan dengan anda pada 28 Februari ini.

Mampukah filem Hide & Seek Minako arahan Billy Christian ini menghilangkan suara anda dek kerana menjerit di dalam pawagam? Sama-sama kita tonton filem ini.