Gandingan mantap Sharnaaz Ahmad (Khuzairi) dan Erra Fazira (Nor) dalam sebuah filem Wangi, ini bakal beri satu tamparan hebat buat peminat filem psiko thriller dan jenayah seram.
“Bestie, Jom Road Trip Layan Tempat Makan Paling Satu Malaysia!”
Perasan atau tidak selama kita semua menjadi rakyat Malaysia, ada satu perkara yang tidak boleh dinafikan yang kita semua memang suka makan. Tidak keterlaluan jika dikatakan kita mampu bersatu kerana makanan. Perkara ini terlalu jelas...
Turut digandingkan bersama, Nabila Huda (Bella) dan Syazwan Zulkifly (Azlan) bagi menimbulkan lagi konflik persahabat antara Khuzairi, Nor, Bella dan Azlan apabila berlakunya suatu peristiwa di sebalik kehilangan Bella.
Filem Wangi yang bakal menggegarkan pawagam 5 September ini mengisahkan tentang Nor (Erra Fazira) yang baru pulang ke rumah setelah melahirkan cahaya mata kedua. Dia dan suaminya, Khuzairi (Sharnaaz Ahmad) memiliki seorang anak lelaki istimewa berusia tujuh tahun. Sepanjang dalam tempoh berpantang, Nor telah dijaga oleh ibunya.
Dalam pada itu, Nor juga menyedari ketiadaan pembantu rumah dan merangkap adik angkatnya, Bella (Nabila Huda). Khuzairi memberitahu bahawa Bella telah berhenti dan pulang ke Amsterdam dengan alasan berkahwin dengan kekasihnya iaitu Azlan.
Bagaimanapun, Nor berasa pelik memandangkan Bella tak pernah bercerita tentang perkahwinan dan bermulalah misteri tentang kehilangan Bella serta kejadian-kejadian pelik yang berlaku ke atas dia dan keluarganya.
Sebelum bercerita lanjut mengenai konflik persahabatan mereka, kami nak bagi anda layan 5 sebab kenapa anda WAJIB tonton filemm psiko thriller ini.
1. Watak Khuzairi Yang Tak Berhati Perut
Watak Khuzairi merupakan bapa kepada dua orang anak namun mempunyai satu sifat psiko, dimana perkara ini tidak berjaya dihidu oleh isterinya, Nor. Khuzairi juga merupakan punca kehilangan Bella yang selama ini menjadi tanda tanya diantara Nor dan kekasih Bella iaitu Azlan.
Dalam filem ini, sedar tak sedar Khuzairi yang amat menyanyangi isterinya telah melakukan sesuatu perkara yang diluar jangkaan terhadap isterinya hanya semata-mata untuk menutupi satu rahsia.
Dan dari sini penonton akan bermain dengan seribu satu persoalan dan sifat amarah anda kepada Khuzairi akan lebih berkobar-kobar. Nak tahu apa yang Khuzairi lakukan kepada Nor, Bella dan Azlan anda harus tonton filem Wangi ini.
2. Cara Kematian Yang Rare
Sifat psiko Khuzairi memang tidak dapat dibendung lagi, apabila Bella yang sebelum ini telah menjalinkan hubungan telarang dengan Khuzairi yang merupakan suami kepada kak angkatnya muncul kembali untuk menuntut keadilan bagi pihak anak yang dikandungnya.
Hubungan terlarang mereka dirahsiakan kepada pasangan masing-masing. Namun atas sebab terlalu sayangkan Nor, Khuzairi telah membunuh Bella dan menyimpan mayat tersebut.
Masuk sahaja part ini, confirm anda akan keluarkan perkataan “eh boleh pula dia bunuh macam tu, eh bila dia ambil benda tu, eh bila dia bawa masuk si mati ni“, dan banyak lagilah eh yang bakal keluar dari mulut anda, kalau tak percaya kena tengok baru tahu betul ke tak apa yang kami katakan.
3. Lakonan Mantap Para Pelakon
Tidak berjaya sesuatu cerita jika pelakon tidak memain peranan dalam menjayakan watak yang digalasnya. Namun dalam filem Wangi arahan Yeop Hitler ini anda pasti berpuas hati apabila menonton gara-gara kesemua pelakonnya berjaya membawa watak mereka dimana masing-masing akan buatkan anda jadi geram, marah, sedih dan seram.
4. Babak Akhir Yang Mengembirakan Hati Penonton
Tipu sekiranya anda hanya menonton filem semata-mata tanpa terpengaruh dengan watak-watak para pelakon. Kami berani janji dimana sambil anda menonton filem Wangi ini anda akan bermain dengan emosi anda sendiri.
Pada babak akhir filem ini, emosi anda akan kembali cool dan lega apabila melihat sendiri apa yang berlaku kepada Khuzairi. Nak tahu cool ke tak babak akhir Wangi ini haruslah kena tonton sendiri.
5. Dendangan Lagu OST Yang Penuh Maksud
Tidak lengkap sesebuah filem sekiranya tidak mempunyai lagu yang berjaya menarik jiwa penonton apabila meonton.
Dengar saja lagu Bisikan nyanyian Noh Salleh, memang terasa betul kesedihan yang bakal anda saksikan di dalam filem ini. Lirik pun pedih sangat kalau didalami betul-betul. Lebih menarik lagi, lagu ini dihasilkan sendiri oleh Noh.
Kalau anda masih tak percaya dengan 5 sebab yang kami bagi ni, tak mengapa jom kami bagi anda layan trailer pula. Pasti tak sabar nak terjah pawagam 5 September ini.