Penuh Aksi, Filem Balun Bakal Gegarkan Pawagam!
Bukan selalu kita dapat saksikan barisan pelakon berpengalaman atau pun seringkali digelar orang lama dalam industri atau pun otai. Namun melalui barisan pelakon filem Balun, ternyata ia bukanlah filem biasa biasa.
Filem Balun mengisahkan tentang seorang pemuda, Hassan (Beto Kusyairy) yang membuat keputusan untuk pulang dan menetap di kampung asalnya di Kampung Putra, Kamunting kerana ada beberapa persoalan dan perkara yang harus diselesaikan, di mana salah satu perkaranya adalah perihal tanah milik arwah ayahnya, Mustafa yang dicagarkan pada Orang Kaya Seman sebelum itu.
Namun kepulangan Hassan ke kampung menimbulkan rasa kurang senang kepada pembunuh ayahnya, Shahid Blond (Eizlan Yusof). Sebenarnya, punca segala perebutan tanah ayah Hassan adalah kerana Orang Kaya Tuan Seman mengetahui tanah tersebut mempunyai Emas.
Apa yang pasti, pertemuan dan perkaitan di antara watak watak utama di dalam filem ini ternyata membuatkan penonton tidak sabar sabar untuk menantikan babak seterusnya. Selain Beto dan Eizlan Yusof, Namron dan juga Izara Aishah turut membintangi filem ini.
Kami kongsikan trailer filem ini yang ternyata memberi gambaran jelas konflik dan juga pertelingkahan yang berlaku seterusnya membawa kepada situasi tegang.
Dapatkah Hassan menyelesaikan masalah yang ada atau pun dia turut sama tewas? Nantikan amukan filem Balun di pawagam pada 17 Ogos ini.
Aku nk tunggu Triple Threat lakonan mantap ikon senibela diri handalan Tony Jaa, Scott Adkins (Boyka-undisputted), Iko Uwais ( The Raid, Merantau warrior) dan ramai lg plakon handalan yg jd ikon dlm filem2 figth popular! Xtau le lps ke x utk tayangan dipawagam Msia nnt. Bkn xnk support filem lokal, tngk jugak tp kualiti koreografi fight scene kita mmg ketinggalan zmn! Camera works yg outdated yg membosankan sbb utk filem aksi dan fight adrenalin citer perlu pantas dan penuh dgn kejutan. Tp bila kita tngk aksi, camera trick yg dah basi tentu x seronok, xde thrill, x puas. Mcm tngk sukan hambar yg membosankan tanpa aksi2 menarik!
Izara lg? Dgn Zul Ariffin dia, dgn Aaron pun dia, ni dgn Beto pun dia gak??? Dah xde heroin lain ke?