fbpx

Pentingnya Perancangan Kewangan Yang Semakin Diabaikan!

Penting sangat ke perancangan kewangan ni? Sudah semestinya sebab tak kira lah anda bujang ke, berkeluarga ke, merancang kewangan adalah salah satu perkara ‘wajib’ bagi memastikan kehidupan anda berjalan dengan lancar.

Mana nak bayar komitmen bulanan, bil-bil lagi. Tu belum masuk lagi senarai-senarai lain yang ada. Boleh pening kepala kalau difikirkan.

Bagaimanapun sebagai ‘tabung kecemasan’, marilah kita mulakan langkah awal untuk merancang masa hadapan kita ketika ini!

Mungkin tips di bawah ini dapat memberi cetusan idea baharu kepada anda. Jom lihat satu persatu:

1. Mulakan Tabung Kecemasan Dari Sekarang

Mungkin ada dari anda yang dapat rasakan perkara ini sangat mustahil. Namun percayalah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Anda boleh mulakan dengan langkah kecil.

Jika anda mampu menyimpan RM10 seminggu, dalam masa setahun, anda akan mempunyai RM520 dalam tabung kecemasan.

Kalau wang gaji anda ada lebih, boleh jer anda tambahkan dalam simpanan tabung kecemasan tersebut. Kalau anda menerima bonus ataupun hadiah wang tunai, pastikan anda menyimpan sebahagian daripada wang tersebut sebelum anda membelanjakannya.

2. Simpan Dahulu Sebelum Berbelanja

Kredit: Redaksi.com

Ketika pandemik yang melanda negara kita ini, adalah penting untuk anda mendisiplinkan perbelanjaan seharian anda. Belanja dengan bijak untuk menjamin kewangan anda cukup untuk tampung keperluan sepanjang bulan.

Bandingkan dulu antara keperluan atau kehendak apabila anda berbelanja. Contohnya, dahulukan komitmen penting seperti membayar sewa, utiliti, dan lain-lain sebelum anda membelanjakan wang anda untuk perkara lain.

Dengan norma baharu sekarang, kita banyak habiskan masa di rumah dengan rutin bekerja dari rumah serta pembelajaran dalam talian. Bila dah duduk di rumah, semestinya dapat membantu kita mengurangkan perbelanjaan tertentu seperti kos perjalanan, sukan dan rekreasi, hiburan serta aktiviti sosial.

3. Mencatat Keluar Masuk Wang & Sesuaikan Dengan Gaya Hidup

Mungkin perkara ini nampak remeh tapi jika anda biasakan diri dengan mencatat setiap perbelanjaan anda walaupun hanya sekadar membeli barangan dapur, ianya dapat menjaga wang keluar masuk anda dengan lebih teliti.

Dengan wang yang dibelanjakan nanti, ianya dapat memberi kesedaran kepada anda untuk lebih meneliti aliran wang yang keluar dan masuk setiap bulan.

Anda akan lebih alert dengan penggunaan wang anda selepas ini. Kalau tak percaya, cuba lah. Mesti sedikit sebanyak dapat mengubah cara anda berbelanja serta mendatangkan keuntungan kepada anda.

Sekarang bukan lagi masa untuk anda membazir wang. Kalau boleh elakkan daripada berhutang. Sesuaikan gaya hidup dan norma baharu ketika ini dengan situasi kewangan anda.

Adalah sangat penting untuk anda belajar untuk hidup dalam keadaan sederhana serta melupakan perkara tidak penting. Ingat! Elakkan diri daripada terjebak dengan hutang okay!

4. Pertimbangkan Untuk Pelaburan

Untuk ketika ini, adalah patut untuk anda pertimbangkan pelaburan yang stabil dan boleh membantu serta melindungi anda di masa hadapan.

Pelaburan ini bukan sahaja dapat membantu anda berjimat malah ada pelaburan yang memberikan ganjaran sepanjang tahun dan memberikan pulangan paling tinggi kepada anda.

Antaranya adalah pelaburan patuh syariah Maybank Islamic Zest-i. Ia juga adalah akaun yang sesuai untuk pelaburan berisiko rendah dan hanya perlukan dana pelaburan awal iaitu RM50 sahaja.

Dengan permulaan serendah itu, ia membuka peluang yang tinggi untuk anda memenangi hadiah-hadiah lumayan sepanjang tahun. Bukan itu jer, anda juga berpeluang untuk menangi ganjaran berganda jika anda menyertai kempen sebelum 31 Oktober ini.

Peluang anda meningkat sekiranya anda membuat pelaburan setiap bulan di sini. Ada pelbagai ganjaran menarik untuk dimenangi seperti Proton X50 1.5T Premium, Wang Tunai, MacBook Air, iPhone 12 dan Hadiah Utama iaitu simpanan 1kg emas dalam Akaun Maybank Investment Gold-i. Padu-padu semuanya!

Apa yang paling menarik, anda boleh membuka akaun Zest-i dalam talian dan boleh dilayari di mana sahaja mereka berada. Jom kita baca lebih lanjut mengenai pelaburan ini.

Satu-satunya Pelaburan Yang Boleh Menang Hadiah!

Macam yang kami beritahu tadi, akaun ini adalah satu-satu akaun pelaburan yang memberi anda peluang untuk memenangi hadiah bulanan, suku tahun, separuh tahun dan hadiah utama. Tapi bagaimana untuk mengambil bahagian dan menang ganjaran sepanjang tahun?

Ikuti langkah-langkah mudah ini untuk buka akaun Zest-i:

Langkah 1: Buka akaun Zest-i dalam talian di www.maybank2u.com.my/zesti
Langkah 2: Setelah akaun dibuka, log masuk semula ke dalam Maybank2u
Langkah 3: Tingkatkan pelaburan anda bermula daripada RM200 untuk menangi hadiah-hadiah menarik.

Adakah Anda Pelanggan Baharu Maybank?

Jangan risau! Satu langkah tambahan jer untuk anda lakukan jika anda pelanggan baharu Maybank. Anda hanya perlu buat janji temu sebelum ke mana-mana cawangan terpilih untuk melengkapkan proses pembukaan akaun Zest-i. Selepas itu, anda boleh terus mulakan pelaburan anda bermula daripada RM200!

Tawaran Terhad Hanya Untuk Anda!

Buka akaun Zest-i hari ini! Kenapa? Sebab, bermula 1 Ogos hingga 31 Oktober 2021, anda boleh menjadi salah seorang daripada 50 pelanggan setiap bulan yang berpeluang untuk menangi hadiah seperti RM50 MAE e-Wallet!

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mendapat 10 penyertaan bonus dalam cabutan bulanan Zest-i apabila anda tingkatkan pelaburan dengan Zest-i. Tertakluk pada terma & syarat.

Percayalah, dengan adanya akaun ini, anda boleh mendapat kefahaman yang lebih terperinci tentang pelaburan dan kelebihannya.

Peranan akaun ini juga untuk memberi pendedahan kepada anda mengenai pelaburan dalam akaun yang berisiko rendah, supaya masa hadapan anda dan juga keluarga lebih terjamin. Untuk info lebih lanjut boleh terus ke LINK INI.

Info tambahan, Maybank Islamic adalah ahli PIDM. Zest-i akaun tidak dilindungi oleh PIDM.