fbpx

Pentingkan Privasi? Aplikasi Zipit Chat Memang Tepat Untuk Anda

Di zaman semua sudah dihujung jari, kadang kala perbualan kita dengan rakan rakan yang kita anggap sebagai privasi pun mudah tersebar keluar gara gara tangan gatal yang menggodam perisian atau aplikasi di telefon bimbit kita. Haa, kami ada tips baru untuk masalah ini.

Zipit Chat merupakan aplikasi yang menggunakan sistem penyulitan data AES256 bertaraf militari (Military-Grade AES256 Encryption) yang akan melindungi apa sahaja perbualan anda bersama rakan rakan atau yang tersayang — malah maklumat dalaman syarikat yang sensitif.

Dengar cerita aplikasi popular Whatsapp pun tidak punyai sistem secanggih ini, whoa!

Hantar Fail Sebesar 10MB Secara Sulit

secret6

Bunyi seperti lucah tetapi perkara ini penting lebih lebih lagi jika anda kongsikan maklumat sulit syarikat menerusi internet, Zipit Chat boleh bantu dengan sistem penyulitan data untuk video dan e-mail sehingga 10MB.

Jangan tidak tahu, fungsi screen capture juga tidak boleh digunakan dalam Zipit Chat. Maka untuk menyebarkan perbualan sulit anda secara manual pun akan sukar. Memang power aplikasi Zipit Chat, rasa sangat selamat.

Tiada Siapa Berjaya Pecahkan Kod

giphy

Ingat lagi pertandingan untuk memecahkan kod sulit yang menawarkan ganjaran RM100,000 baru baru ini? Tiada siapa yang berjaya tampil dengan jawapan yang tepat untuk merungkai kod yang dijana oleh sistem penyulitan data AES256 digunakan Zipit Chat.

Apa sahaja kandungan perbualan anda menerusi Zipit Chat dijamin akan selamat dari penggodam di luar sana. Sistem penggodam paling canggih pun akan mengambil masa bertahun, jadi jangan risau dan terus muat turun Zipit Chat.

20150915-BANNER_main

Aplikasi super canggih ini memang hadir tepat pada masanya ketika banyak aplikasi di luar sana tidak mementingkan sangat soal privasi ini. Anda boleh muat turun Zipit Chat di Google Play Store sekarang dan nikmati ianya secara PERCUMA selama 6 bulan. Jom!