fbpx

Peniaga Durian Cedera Ditikam

Seorang peniaga durian cedera di tikam oleh sekumpulan lelaki disyaki warga Myanmar yang cuba menyamunnya berhampiran Jalan Ipoh, hari ini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.30 pagi itu dipercayai suspek menggunakan pemutar skru untuk menyamun mangsa yang berusia 23 tahun dan dipercayai mangsa mempunyai lima kesan tikaman pada bahagian bahu, pinggang, dagu serta dada mangsa.

Difahamkan, mangsa yang sedang berjalan kaki dari rumahnya menuju ke kereta sambil membawa beg sandang yang mengandungi duit hasil jualan durian diserang tiga lelaki yang tidak dikenalinya.

Bagaimanapun, mangsa telah dikerjakan Hospital Selayang untuk mendapat rawatan lanjut.

Menurut Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata mangsa telah ditikam di bahagian dada ketika bergelut dan pihaknya berjaya menangkap salah seorang suspek .

“Anggota balai polis bergerak dan orang awam yang melihat kejadian itu cuba menangkap suspek, namun dua suspek berjaya melarikan diri.

“Pemeriksaan pada seorang suspek berusia 21 tahun yang ditahan itu menemui kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) serta satu pemutar skru.

Tambahnya lagi, pihaknya kini giat menjalankan aktiviti memburu suspek yang terlibat dalam kes tersebut.