fbpx

Pengurus Tolak Dakwaan Shah Hazvee Bawa Lari Isteri Orang

Sejak semalam hangat diperkatakan apabila satu laporan mendakwa seorang pelakon baru berusia 23 tahun didakwa membawa lari isteri orang yang juga merupakan bekas pengurusnya.

Seperti biasa netizen melakukan siasatan untuk menyelidik siapakah gerangan pelakon lelaki tersebut dan berjaya dibongkar apabila netizen mendakwa lelaki itu adalah Shah Hazvee.

Bagaimanapun, pengurus kepada pelakon Shah Hazvee iaitu Leana Sharif menepis dakwaan mengenai isu aktor tersebut bersama bekas pengurusnya seperti yang dihebahkan.

Kata pengurusnya lagi, dia tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut buat sementara waktu memandangkan kes ini masih dalam siasatan pihak polis.

“Untuk kes Shah Hazvee ni, ya memang dia direman malam tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya. Sekarang, kes ini dalam siasatan polis.

“Jadi saya tak boleh keluarkan sebarang kenyataan sebab ia akan mengganggu kerja pihak polis. Apa yang boleh saya beritahu ialah Shah Hazvee larikan isteri orang itu adalah tidak benar dan bercanggah,” katanya kepada Gempak.

Tambah pengurusnya lagi, Shah dijangka akan dibebaskan pada hari ini selepas direman selama empat hari dan akan memberikan kenyataan berkaitan dakwaan itu.

Semalam kecoh pelakon lelaki berusia 23 tahun ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.

Pelakon terbabit yang pernah berlakon beberapa drama dan filem didakwa membawa lari wanita berusia 36 tahun, kelmarin dan hanya disedari suaminya yang pulang sekitar 8 malam.