fbpx

Pengurus Sahkan Shidee Ditahan Polis, Didakwa Pukul Abang Ipar

Pengurus peribadi kepada penyanyi era 80-an iaitu Shidee iaitu Efeendy mengesahkan bahawa penyanyi itu ditahan selepas didakwa memukul abang iparnya.

Memetik Harian Metro, Effendy bagaimanapun berkata buat masa ini dia tidak dapat memberikan kenyataan berkenaan penahanan Shidee itu.

BACA: Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi

“Saya mohon maaf. Sekarang ini saya berada di Thailand untuk urusan kerja. Namun, saya sudah berhubung dengan keluarga Shidee bagi mengetahui insiden yang berlaku.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh berkongsi sebarang maklumat mengenai kejadian itu kerana masih dalam proses siasatan polis,” katanya.

Dalam pada itu, Effendy berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi berhubung tangkapan yang dibuat itu.

“Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan. Biarlah pihak berkuasa melengkapkan siasatan berhubung kes ini terlebih dahulu,”katanya.

Terdahulu, polis menahan artis veteran yang didakwa memukul abang iparnya selepas berlaku perselisihan faham.

SUMBER: Harian Metro