fbpx

Artis Veteran Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi

Seorang artis veteran ditahan selepas disyaki memukul abang iparnya di sebuah flat Bandar Tun Razak, Cheras petang semalam.

Memetik Astro Awani, sumber memberitahu penyanyi lelaki era 80-an dan juga komposer itu memukul abang iparnya berusia 41 tahun itu menggunakan batang besi sehingga menyebabkan kecederaan.

“Difahamkan, telah berlaku salah faham antara mangsa dan suspek. Suspek kemudian bertindak memukul menggunakan besi panjang di bahagian kepala, belakang badan, mata kiri dan bahagian lain mangsa.

“Akibat daripada kejadian itu, mangsa mengalami pendarahan di bahagian kepala dan menerima dua jahitan, bengkak mata kiri, lebam di tangan kiri dan luka di tangan kanan,” katanya.

Sumber berkata abang ipar kepada artis berusia 64 tahun itu telah membuat laporan polis selepas mendapatkan rawatan di hospital dan artis itu akan direman hari ini.

“Peserta sebuah program realiti hiburan popular itu difahamkan akan direman hari ini,” kata sumber.

Pada tahun 2010, artis veteran itu pernah terpalit kontroversi perkahwinan yang tidak direstui oleh ibu mertuanya berikutan jarak usia dengan isterinya agak jauh.

SUMBER: Astro Awani