Pengurus kepada Siti Nordiana mendakwa lima defenden sudah berkali-kali melakukan siaran langsung untuk memburukkan nama penyanyi itu.
Memetik mStar Online, pengurus Siti Nordiana iaitu Mohammad Al Anas berkata sebelum ini mereka menyindir penyanyi itu tanpa menyebut nama.
BACA: Imej Tercalar Gara-Gara Live Lima Sekawan, Siti Nordiana Hilang Kontrak
“Siaran yang berlangsung itu bukan kali pertama yang dilakukan mereka berlima. Sebelum itu ada juga siaran langsung, hantaran-hantaran yang menyindir Nana tanpa sebut nama,” katanya.
Apabila ditanya oleh peguam defenden keempat iaitu Fithril Hakim Ab Jalil mengapa tiada tindakan diambil ketika itu, Anas berkata mereka tidak menyebut nama Siti Nordiana.
“Sebelum ini tidak ambil tindakan sebab tiada (sebut) nama. Baru (kali ini) dapat peluang nak saman,” katanya.
Terdahulu, Siti Nordiana memfailkan saman berjumlah RM2.5 juta pada 3 Ogos 2021 terhadap lima sekawan termasuk Lan Solo dan Syura Badron.
Menerusi saman tersebut, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.