Rabbani pagi tadi muncul sebagai tetamu dalam rancangan Malaysia Hari Ini (MHI) & membawa berita gembira.

Selain menyebut yang mereka akan terus aktif & menyambung perjuangan Rabbani tanpa Ustaz Asri, mereka mengumumkan ada hadiah untuk peminat yang rindukan alunan suara Ustaz Asri.

Rabbani mengesahkan yang mereka akan keluarkan sebuah lagu yang di’cipta oleh KRU. Lagu tersebut merupakan dendangan bersama Ustaz Asri & Mawi.

Tidak sabar rasanya kami ingin dengar buah tangan terakhir Ustaz Asri yang pasti kini sudah di’rindui peminat nasyid tanah air.