fbpx

Pengkhianatan Di Antara Adik Beradik Dalam The Huntsman: Winter War

The Huntsman: Winter War merupakan sebuah filem yang menceritakan sengketa di antara dua beradik. Oleh kerana rasa obses untuk menjadi yang tercantik di dalam kerajaannya, Queen Ravenna bertindak mengkhianati adiknya Freya.

3- The Huntsman- Winter War Bongkar Perasaan Dengki - ROTIKAYA

Freya jauh membawa diri dan dalam masa yang sama turut membangunkan barisan tentera Huntsmen sebagai pelindung, dan turut meletakkan syarat agar tidak ada dua daripada mereka jatuh cinta.

5- The Huntsman- Winter War Bongkar Perasaan Dengki - ROTIKAYA

Ketika perang di antara dua beradik ini semakin memuncak, hero kepada filem ini, Eric dan juga Sara perlu sama-sama membantu untuk menewaskan Ravenna. Jika Ravenna tidak ditentang, kejahatan akan terus menguasai kerajaan tersebut buat selamanya.

2- The Huntsman- Winter War Bongkar Perasaan Dengki - ROTIKAYA

Namun adakah Freya dan juga angkatan Huntsmen akan berjaya menewaskan kuasa jahat Queen Ravenna atau mungkin juga Queen Ravenna sebenarnya sudah mempunyai kekuatan yang mampu menewaskan adiknya itu?

Jom saksikan bersama-sama trailer filem ini yang dibintangi oleh Chris Hemsworth, Charlize Theron, Emily Blunt dan Jessica Chastain. The Huntsman: Winter War yang sudah ditayangkan di pawagam berdekatan anda pada 14 April lalu. Jom!