fbpx

Kecoh diperkatakan apabila timbul desas-desus mengatakan bekas madu kepada aktres terkenal didakwa sudah pun diceraikan oleh suaminya yang juga pelakon dan pengarah terkenal.

Memetik Beautifulnara, si isteri yang juga anak kepada pelakon veteran hanya diceraikan menerusi WhatsApp saja dan dihalau daripada rumah.

Lebih mengejutkan, ada dakwaan mengatakan isteri kepada pengarah itu ada ‘penyakit berbahaya’ namun tidak dapat dipastikan kesahihan dakwaan berkenaan dan diharapkan hanya khabar angin sahaja.

Terdahulu, isteri pengarah itu menjadi perhatian ramai kerana kehadirannya sebagai orang ketiga dalam perkahwinan aktres serta pengarah tersebut sehingga bercerai.

Malah, disebabkan sejarahnya sebagai seorang penyondol, apa saja yang dilakukan oleh isteri pengarah berkenaan pasti akan dikecam.