fbpx

Pengarah Puji Nadia Brian Masih Ceria Meskipun Ada Masalah Rumah Tangga

Meskipun pergolakan rumah tangganya sedang hangat diperkatakan, namun pelakon Nadia Brian tetap tenang menjalani kehidupan seperti biasa dan sedikit tidak mengganggu kerjaya seninya.

Nadia kini sibuk menjalani penggambaran drama Aku Yang Kau Gelar Isteri, pengarah dan penerbit drama tersebut iaitu Shuhaimi Lua mendedahkan pelakon itu tetap profesional walapun berdepan ujian rumah tangga.

BACA: Adik Nadia Brian Dakwa Muizz Ada Masalah Mental?

“Tipulah kalau saya tak tahu apa berlaku. Dia ada bercerita kerana kami memang rapat sejak awal karier dia lagi tapi apa yang saya boleh kata dia tak bawa masalah itu ke set saya, semua pelakon ceria macam biasa, tak nampak lagi mengganggu proses penggambaran.

“Sebenarnya kontroversi rumah tangga Nadia ini dah bermula sejak penggambaran drama Rudy Vs Julie, semasa itu dah hangat orang memperkatakan mengenai hal itu.

“Namun dia masih mampu jadi profesional semasa berlakon dan tak bawa masalah ke lokasi penggambaran. Saya ada bagi nasihat kena berjumpa dan berbincang untuk cari jalan penyelesaian, ada sahaja artis lain berdepan masalah rumah tangga tapi pengakhirannya mereka baik-baik sahaja,” katanya.

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila suaminya, Muizz Nasruddin mendakwa melihat pelakon itu curang di depan matanya serta mempunyai bukti isterinya bersama lain di sebuah hotel.

Sehingga kini Nadia masih mendiamkan diri daripada media dan hanya meluahkan kekecewaan di laman Instagram.