fbpx

Pengalaman Dikafankan, Adam Corrie Rasa Seperti Dijemput Malaikat Maut

Berkongsikan pengalaman dikafankan sebelum waktunya, pelakon Adam Corrie mengakui ia adalah perkara yang amat mengerikan dan menginsafkan. Meskipun sekadar lakonan, namun ianya seperti benar-banar terjadi.

Turut berkongsikan beberapa fotonya dikafankan ketika menjalani penggambaran drama tanah kubur pada tahun 2013 yang lalu, Adam berkata ia terasa seperti malaikat menjemput pulang ke tempat asal kekal abadi.

BACA: Enggan Sentuh Pelakon Wanita, Adam Corrie Dedah 9 Bulan Tiada Job

Adam berkata lagi, ‘pakaian’ terakhir itu cukup memberi kesan mendalam padanya. Ujarnya,  jasad kita ini hanyalah pinjaman daripada Allah dan dunia ini hanyalah tempat persinggahan sementara sahaja.

“Pengalaman dikafankan sebelum waktunya. Itupun dah terasa seperti malaikat maut dapat menjemput pulang ke kampung kekal abadi. Pakaian terakhir ini memang memberi kesan yang mendalam.

“Jasad kita hanyalah pinjaman dari Allah. Tiada yang kekal abadi. Dunia hanya tempat persinggahan,” tulisnya.

Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema Mohd Fuad, 40, pada 2008. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee kini berumur 2 tahun setelah 10 tahun menanti.