Pengadu Takut Buat Laporan Polis, Anggap Ebit Lew ‘Orang Besar’
Umum mengetahui hari ini bermula kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.
Memetik BH Online, saksi pendakwaan kes gangguan seksual Ebit lew memberitahu pengadu pada awalnya enggan membuat laporan polis kerana menganggap tertuduh sebagai ‘orang besar’.
BACA: Firdaus Wong Jadi Saksi Kes Gangguan Seksual Ebit Lew
Saksi pendakwaan pertama itu iaitu Mohd Fairuz Abu, seorang pakar motivasi berkata sebelum ini dia menerima puluhan mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada individu yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual termasuk yang dilakukan tertuduh.
“Salah seorang individu yang hubungi saya adalah ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan atas arahan mahkamah) pada jam 11.04 malam 26 Julai 2021…ada juga mangsa lain yang mengadu menjadi mangsa gangguan seksual Ebit Lew, tetapi mereka tidak meletakkan nama mereka kerana takut dan tidak berani tampil ke depan.
“Pada awalnya ‘pengadu’ (identiti tidak didedahkan) bertanya siapa individu yang saya maksudkan dalam ‘posting’ (di Facebook).
“Bila saya menyebut berkaitan Ebit Lew, maka pengadu terus berkongsi tangkap layar perbualan Ebit Lew dengan beliau, juga menghantar gambar kemaluan yang diberikan oleh Ebit Lew melalui WhatsApp,” katanya.
Fairuz memberitahu mahkamah, dia menasihatkan pengadu supaya membuat laporan polis namun pengad takut kerana dirinya hanya ‘orang kecil’ berbanding Ebit Lew adalah ‘orang besar’.
“Saya katakan kepada ‘pengadu’ jika ruang dan peluang ini tidak digunakan untuk membuat laporan polis, maka bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu secara seksual oleh Ebit Lew,” katanya.
Bagaimanapun, jawapan saksi dibantah oleh peguam tertuduh kerana berpendapat jawapan “bayangkan berapa ramai lagi yang akan diganggu oleh Ebit Lew” bersifat tuduhan yang tidak mempunyai bukti.
Namun, Timbalan Pendakwa Raya Zahida Zakaria membalas bantahan peguam tertuduh dengan menyatakan apa yang dikatakan saksi adalah perbualan antara dia dengan pengadu.
Tambah Fairuz lagi, laporan polis akhirnya dibuat tertuduh dan dia sendiri juga dipanggil untuk memberi keterangan.
“Saya juga dipanggil untuk jadi saksi bagi diambil kenyataan oleh polis dan telefon (jenis) OnePlus saya juga telah diberikan kepada polis,” katanya.
Untuk rekod, Ebit Lew berdepan 11 pertuduhan, antaranya didakwa mengaibkan kehormatan seorang wanita dengan menghantar gambar dan perkataan lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun tahun lalu.
- SUMBER
- BH Online
Isu kiriman gmbr burung berterbangan kt fb dan socmed ni mmg dah lama. Kita pun xtau apa masalah org2 mcm ni. Ada mcm2 app utk berbicara dlm talian mcm ometv etc dan org2 cmni mmg wujud je salah guna ruang media sosial utk perangai jelik mrk. Tp bila sorg yg terkenal dri kalangan agamawan buat perangai cmni rasa mcm sngt pelik. Sbb selama ni kita tngk dia sentiasa sibuk buat keje dakwah dan keje kebajikkan jd bila masa pulak dia sempat nk buat perangai pelik2 ni…
fitnah yag nyata…..pasti seseorang aniaya dia….percayalah ….kebenaran akan terbongkar….sebesar hama pun saya tak percaya…..teuk dada tanya imann….org lain boleh la kelentongg bebb….takbirrrrr ALLAHUAKBARR
Alahai …mcmlh ebit tu nafsu ye..xde bt dosa..buka mt..jgn trtipu..
Pervert betul penunggang agama ni, sungguh memalukan agama
Syamsul Yusof boleh amik ebit berlakon dalam Munafik 3. The real penunggang agama. Confirm Box Office RM90juta. Bitbit mesti suka, yeaah money money money!
*Nota kaki*//
Yang pentaksub si bitbit ni, tolonglah..tolong buka mata tu. Bitbit tu bukan malaikat yg maksum tau tak? bitbit tu manusia biasa, lelaki yg tetap ada hawa nafsu. Nak juga muah-muah.
org niaga kne sihir, org baik kne fitnah, org miskin kne hina, org islam x malu ke saling bergaduh hasad dengki x kira ustaz ke siapa..same je klau dh nk jatuh kn seseorg sanggup buat ape saje yg mengaibkan…dunia oh dunia..ustaz oh ustaz
Penipu mmg patut dijatuhkn…..
Pd pendapat sy,selalunya org yg buat aktiviti menghantar gambar2 lucah,layan whatsapp,gangguan seksual atau onani adalah org yg banyak masa terluang. Selalunya org yg busy,sentiasa sibuk dgn bisnes dan aktiviti kemanusiaan ni takde masa nak layan benda2 yg x berfaedah. Apatah lg sibuk mendalami ilmu agama,berdakwah sana sini,travel merata lg bg bantuan kt org susah,fikirkan bisnes kedai runcit,cafe,butik dia dan mcm2 lg..ada ke masa nak hantar gambar2 lucahnya kt whatsapp perempuan lain?
Cuba bayangkan kalau kita bekerja mcm dia..sempat ke kita nak buat benda2 yg dituduh tu?
Sy berdoa Allah tunjukkan kebenaran yg sebenar2nya..
Jika benar lah yg mengadu mengatakan mereka menerima gambar tersebut dari pelaku, ada kah ianya dari yg tertuduh? Sedang kan kita tau yg Wattsapp & FB akaun pernah ada di klonkan oleh org2 yg tidak bertanggungbjawab. Besar kemungkinan yg menghantar bukan yg tertuduh.
Salam 1malaysia,
Seandai ny manusia itu bersalah, kita pn sebagai manusia biasa sama jga yg trtuduh,jngn mudah menilai keburukan org lain terus menghukum berbgai tomahan,kita sebagai manusia kerdil dimuka bumi ini,sudah ckup ke amalan2 harian kita jga,dah tntu ke arah kita ke surga,ingt lah saudara seislam,pengakhiran kita belum tntu tempat yg selesa, dikuatiri mati dlam kekufuran wanuzubilalh,yg baik dari Allah azzawajala, yg xbaik dri diri kita sendiri,org2 mukmin tidak menhina saudara2 ny sendiri,