Umum mengetahui hari ini bermula kes perbicaraan pertuduhan gangguan seksual yang mengaitkan pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Difahamkan, pendakwah bebas, Ustaz Firdaus Wong Wai Hung hadir ke mahkamah untuk menjadi saksi bersama seorang lagi pakar motivasi, Akhi Fairuz Al-Jengkawi yang akan bertindak sebagai saksi pendakwa raya.


BACA: Ebit Lew Akan Dibacara Esok, Libatkan 11 Pertuduhan Kes Gangguan Seksual

Perkara itu dimaklumkan oleh pendakwah itu sebentar tadi di Facebook miliknya serta berharap orang ramai mendoakan agar segala urusan perbicaraan berjalan dengan lancar.

“Perbicaraan 11 tuduhan gangguan seksual Ebit Lew akan bermula hari ini. Kami berdua Insya-Allah akan menjadi saksi pendakwa raya.


“Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, dan ringankanlah segala urusanku dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, agar mereka mengerti perkataanku,” katanya.

Dalam pada itu, Firdaus turut meminta untuk mendoakan agar perbicaraan yang dimulakan hari ini dapat memberi keadilan dan kebenaran sebenar.